Monday, February 25, 2013

Usahlah Bertanya Jika Pertanyaan Sekadar Mengguris Hati.




Eceh.
Kemain tajuk lagi khennn
haha.



yelah. aku cakap benda yang betul.
walaupun apa yang ditanyakan itu adalah sekadar mahu mengambil tahu, tapi tanpa disedari, ia melukakan hati aku yang penuh kerinduan ini. ewah.




contohnya, pergi kenduri kahiwn dengan Che Jah,
"Owhhh... datang dengan sapa kak Jah?"
balas mertuaku dengan gelak tawa, "Menantu kita lahhhh..."




Masalahnya, apa yang aku tergores hati sesangat ni?
sila baca adegan di bawah.




"Lahhhh.... Ingatkan dia ikut Nuar pergi Sarawak."
berubah air wajahku. sebab teringatkan suami ku yang terchenta itu.
tahukah kalian, tiap-tiap malam aku melalak sengsorang sambil menendang bantal peluk laki ku?
mengapakah disebut-sebut pasal beliau?




soalan lain yang mendatangkan kemusykilan dihatiku. mahu menjawab, takut dikata kurang ajar pula.
maka aku berdiam dan mencatit di blog usang ini. eceh lagi sekali.



"Sekarang ni duk dengan mertua lah ek? kenapa tak duduk dengan family sendiri?"
Ya. sudah tentu aku mahu duduk dengan family ku jika diberi peluang. tapi apakan daya. pada waktu ini, sedang gigih mencari pekerjaan sayang bersesuaian di bumi Johor ini. malah, family mertuaku juga sangat baik. melayaniku seperti anaknya sendiri. mungkinkah lagi baik dari anaknya? kahkah





tahukah kamu bahawa familyku juga menanti kepulanganku. malah sangat berbesar hati jika aku mendapat pekerjaan dekat di sana, bersama mereka. apa yang boleh ku buat. family mertuaku juga kekurangan ahli anggota. dua saja anak mereka. yang sorang dah sah jadi suamiku ada nun di seberang laut china selatan. maka tinggalkan mereka bertiga. jika ada diriku ini, bertambahlah sekurang-kurangnya walau seketul. nak bagi cucu, Allah belum bagi rezeki pula. sila berusaha lagi wahai suamiku. tiap-tiap bulan kau pulang, pastikan pada waktu suburku. ahahaha.





itulah coretan aku saat ini. perempuan yang kesepian tunggu suami pulang tiap-tiap bulan. perempuan yang busy mencari pekerjaan. Ohhh. tsk tsk.






No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)