Friday, February 1, 2013

Nak Kahwin Dengan Anak, Bukan Bapak..?





Baru baca story pasal sorang artis tu bajet malas nak bagitau nama walhal seantero dunia dah tau. haha.

Aku dah baca statement si bapak. aku rasa berangin sikit *kibas lengan baju kasik angin masuk celah ketiak*. pastu tadi, baca statement yang si bujang nak masuk meminang, terus berangin banyakkk *kibas lagi kibas lagi*



Aku ni bila masuk bab orang tua, kahwin-kahwin, adat ngan adab semua ni, kau boleh masukkan aku kat dalam kampung girl. sebab memang aku masih kekampungan bila bab-bab gini.



kau nak anak dara orang, tapi kau tak reti hormat orang tuanya,
HEBAT betul kau.
kau nak anak dara orang, belum jadik BINI pun lagi,
tapi kau dah pandai-pandai nak KONGKONG dia.
amboihhhhh




kalau aku lah kan, jadik si anak, yang mahu dirisik dan dipinang tuh;
aku REJECT terus.
tak kira lah masa tu tengah cinta tahap cipan sekalipun.
peduli apa aku.
dah kau tak tau hormat mak bapak aku, takkan aku nak kahwin dengan kau?
dah kau seolah-olah menghina bapak aku,
takkan aku kena sanjung kau lagi dan lagi...?
takkan aku nak biarkan orang macam ni jadik pemimpin rumah tangga aku?
owhhhh cannot cannot *juih bibir lama-lama sambil berkipas lagi*






aku rasa, si lelaki ni tak tahu kot, yang kau nak kahwin tu, memang anak dia. tapi bila kau kahwin dengan si anak, kau bukan takat kahwin dengan anak saja tau. tapi the whole family. senang cakap, mak bapak you macam mak bapak i. mak bapak i pun macam mak bapak you.






aku dulu, masa baru kawan-kawan dengan uncle D, pastu jumpa dua kali, pastu ajak aku kahwin, siang-siang lagi aku tanya : awin adik beradik ramai. 8 orang. termasuk mak ayah, 10 orang lah rakyatnya. boleh "masuk" ke tak kalau ramai-ramai gini?






yup. wajib aku tanya. sebab kalau tak biasa, rasa rimas orang ramai-ramai, sila bagitau awal-awal. maka aku boleh angkat kaki. kau carik orang lain, aku carik orang lain. sebab kita bukan kahwin 2 ketul je. tapi semua. perangai aku adik beradik yang suka ketawa kuat, cakap kuat, benda kecik suka bising-bising, aku bagitau. biar dia tak terperanjat. kang kalau aku tak cakap, alih-alih dengar suara pompuan ketawa mengilai-ngilai, mau terkincit lak. dah satu hallll...kehkeh.





sama jugak dnegan uncle D. dia adik beradik, 2 orang je. campur mak abah dia, jadik lah 4 orang. soalan dia: boleh biasakan diri?




aku ON je. last-last, kematu gak duk umah dia. senyappppp jer. nasib baik che jah jenis banyak cakap gak. takde lah aku terperam jadik jeruk masam. kahkah. mula-mula je rasa lain. sebab dah biasa rumah bising, alih-alih sunyi dan kesepian. tapi bila dah lama-lama, aku rasa okey je. pandai-pandai habiskan masa, carik keje nak buat.





lagipun, aku ingat pesan mak aku. macam mana kau sayang mak, hormat mak, macam tu jugak lah kau kena sayang mak mertua kau.




so, kalau awal-awal dah tunjuk macam tak hormat, boleh ke kau nak SAYANG? takkan kau nak SAYANG ANAK DIA SORANGGGG JE?






Susahlah kalau dah terlebih pandai sangat bercakap, bersuara bila bab-bab hak. haih.






*bukak kipas laju-laju. panas aku dengan cakap-cakap orang muda sekarang. YANG SAYA NAK KAHWIN DENGAN ANAK DIA, BUKANNYA BAPAK DIA.*  perghhhh








No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)