Sunday, January 6, 2013

Tips Merawat Bekas/Parut Jerawat (Entri Khas Untuk Bintang Malam)





Sapa plak Bintang Malam lah aihhhh
jangan tanya aku sebab aku pun tak tau.
aku baru je terbukak komen-komen orang pastu ternampak soalan dari bintang malam.
ecehhhh.






ok.
walaupun muka aku ni takde jerawat or parut-parut jerawat, yang kulit licin and syok dicium kahkahkah
tapi aku sangat-sangat mengerti dan paham kalau muka ada jerawat dan bekas-bekas jerawat.
serius.
rasa macam malu bila tengok cermin, tak suka tengok cermin.
and bila orang mengorat rasa macam "takkan lah dia suka kat aku...muka aku macam gini. sobs sobs"
kan?






pastu bila korang dah try macam-macam produk, mahal nak mampus, pastu hasilnya tak memberangsangkan. silap-silap jadik lagi teruk. sadis sungguh.
kalau dengan aku, jangan harap aku nak try produk baru-baru nih. mak is seram noksss....
biar gamak aku tanya orang-orang tua petua nya. *hidung kembang kempis walhal ko try gak gel jerawat syahirah sebab tak nak ada parut-parut.kahkahkah*





ok. ni tips yang aku tau dari mak aku, mak angkat aku, jiran aku, bacaan sendiri, ilmu yang dikutip hasil keterroran sendiri *melampau.haha*



1) Kulit Kayu Manis


- ni aku tau dari kecik lagi. masa tu duk baca Mastika. bila aku tanya betul ke tak kat mak, dia cakap BETUL.  parut or kikis kulit kayu manis kat pasu ke, kat benda yang kau rasa keras dan bersih. pastu, amik serbuk dia, campur dengan air, lumur lah kat muka. bila dah rasa kering, cuci dengan air bersih.
cara paling senang, aku rasa ada je orang jual kulit kayu manis dalam bentuk serbuk. pakai tu je. senang.





2) Timun






- mesin timun, amik air dia, sapu kat muka. biarkan semalaman. esok-esok nak sembahyang subuh, cuci.





3) Daun sirih





- Ambik daun sirih dalm 10-11 helai, rebus. sapu kat muka tiap-tiap malam. cam tips lain, cuci esoknya.





4) Spender



-tips ni aku dapat dari mak cik aku. ntah betul, ntah tak. wallahualam. dia cakap, kalau kita perempuan, ambik spender ayah, abang, adik lelaki or suami, lap kan kat muka (Pegrhhhhhh!!!). rajin-rajin buat gitu. makcik aku ni buat. dulu kulit dia memang banyak parut jerawat. sekarang dah kurang. aku cakap, KURANG. bukan hilang bersih tau.


masalahnya, SANGGUP KE DERRRR......????






tapi aku rasa, baik korang gi jumpa doktor. amik suntikan vitamin C. ngeeeeee







p/s: dari tadi aku try nak upload prtSc Bintang Malam. tak boleh-boleh gak. malas lah aihhh...



No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)