Saturday, December 22, 2012

Kisah Tidur Dengan....






Haha.
Tajuk macam harem je kan?
Siap nak berdot-dot konon. tulis je lah tidur dengan laki kau =p



aku bukan apa. sambil prepare slide, sambil tu jugak lah tangan aku menggatal nak taip entri kat blog.
tetiba terasa nak cerita pasal tidur. apakah motif sebenar? bisik ku.





ok. aku mengaku yang aku kalau tidur, boleh tahan jugak lah ganas nya. ganas tak ganas, aku suka pusing sana pusing sini sambil buat bunyi ermmmm....hmmmm...arhhhhhh *bunyik pompuan gatal.kahkah*.
berdengkur? tak gak. kalau aku penat sangat-sangat, seharian tak membuta, pastu aktiviti macam orang tak cukup kaki ngan tangan, konfem malam tu aku tidur mulut melopong sambil berdengkur halussssssss. kahkah. *sib baek dah kahwin, if tak, harammmm lah orang nak kat aku*




aku ada masalah satu je. aku paling tak boleh tidur kalau ada orang berdengkur. gerenti terbangun. yang menyampah kan aku, aku akan terbangun, tidur, terbangun, tidur. pastu esoknya aku sakit kepala. macam bengong-bengong bodoh je. cis.




aku pernah cakap, siap berdoa bagai, jangan lahhhh ALLAH jodohkan aku dengan orang berdengkur. tapi cam biasa lah. kalau dah nama umat Rasulullah s.a.w yang tak berapa alimnya, ALLAH tak makbulkan pulak doa aku. haha. ngam-ngam DIA bagi jodoh yang berdengkur.




aku tau Uncle D tidur berdengkur masa kitorang proses nak kenal hati budi (ceh. geli weyyyhhh). tak lah. masa tu dah plan nak kahwin, tengah cari masa sesuai nak tunang semua. Che Jah (nama manja mak mertua aku. next time, kalau aku taip je Che Jah, pandai-pandai lah skodeng sapa gerangannya.kahkah), bagitau aku yang anak bujang dia kalau tidur memang berdengkur. aku masa tu pasrah dan redha je lah. dah cinta bangat katakannnnn =p




so bila dah kahwin, buat pertama kalinya aku dengar dia berdengkur. owhhhhhhh. demi cinta, aku tahan-tahankan sampai esok harinya. pastu aku sakit kepala sebab tidur yang kejap-kejap terjaga. perghh. esok malam, aku dah standby dah. dia start je berdengkur, aku cecepat kejutkan. bagi bantal. maksudnya, tambahkan lagi bantal. kasik bantal dia tinggi. biar pernafasan dia lancar. barulah aku rasa tenang sikit.



:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:





tapi.....


:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
kejap je lah. bila dia beralih sikit, keluar balik dengkur tu *tepuk dahi*





maka aku sekarang, boleh dikategorikan sebagai redho (tadi redha. sekarang lebih dengung ---> redho'). lantak dia lah nak berdengkur ke apa. aku dah kebal dah. boleh je lena walaupun ada lagu dari hidung yang sedapkan halwa telinga. haha.




lagipun, bila aku perhatikan betul-betul, comel plak laki aku bila tidur gitu *statement ni bukan puji laki sendiri tapi nak sedapkan hati supaya boleh tidur tenteram.kahkah*





kiranya, ada gak lah makhluk allah yang kalau tidur, lagi dasat dari aku. wahaha.







kesian. amik gambar pun kena set dulu. pastu muka aku gak yang separuh. tak pelah. janji nampak pipi montok...*montok ke? muahahahahahaha*
 
 
 
 
 
 
p/s: Minggu depan laki aku balik dah.... sobs sobs. nak keja kat sibu tak bagi. takut kena rogol lah, rompak lah... ke U takut I tau U ada skandal, bang? *ketap bibir*


No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)