Thursday, December 20, 2012

Kenapa Mesti Teman Suami Makan?



Haa...
ni mesti sibuk nak tau apa kes lak nak kena teman laki makan. bukan diorang semua tu ada tangan mulut ke?
kehkeh.



ok. sebelum aku kahwin, aku rajin gak duk korek-korek sikit rahsia sebab musabab mak aku layan ayah walaupun tengah ada perselisihan faham. contoh, dia tetap sediakan makan minum ayah. kalau time tak gaduh, duk sebelah teman ayah makan walhal dia tak makan pun.



memang aku dari kecik perasan sampaikan bila aku dengan mak keluar, ayah akan sms tanya,


"lama lagi ke? bila nak balik? abang rindu..."


macam biasa. aku mencebikkan bibir sambil mengejek,


"ehhhhh ayah ni. manja lak ai. bila mak ada kat umah, asik la kuar mancing. tak nak lak gesel-gesel kat mak. bila orang bawak mak kuar, sibuk lak suruh balik."


lepas tu, mak aku mesti jalan cepat-cepat, setelkan apa yang patut dan suruh aku bawak dia balik rumah. tak sampai hati tinggalkan ayah. sempat lagi kenakan aku," nanti kau dah kahwin, kau tau lah macam mana."



eh. apsal aku melalut ek? cis. sambung balik pasal teman suami makan.
alkisahnya, aku pernah tanya mak aku, kenapa mesti teman ayah makan padahal sah-sah mak aku dah makan dulu dengan aku?



dia cakap, mesti teman. kalau tak, ada syaitan yang direjam akan teman. tau jelah kalau setan yang teman. konfem dia hasut laki kau suh carik bini lain. boleh?



HAHAHA. tapi sebenarnya, bila aku fikir balik, betul gak. aku sendiri pun kalau makan sorang-sorang takde selera. macam aku makan tapi duduk dalam hutan. sunyi tau.



so, hari ni, uncle D nak makan (duduk rumah mak dia sampai beliau berangkat ke Sarawak. sobs sobs). dalam pukul 2.30 kalau tak silap. aku pulak dah kenyang. melantak laksa 2 mangkuk. kahkah. tapi aku pergi gak ke dapur. isikan lauk semua sambil jadik bini mithali tengok dia makan.
pastu keluar lah dialog laki bini.



uncle D : awin tak nak makan ke?

aku        : tak nak. dah kenyang. kan dah makan laksa tadi *sambil usap perut yang semacam je naiknya pas kahwin ni*

uncle D : awin kalau nak pergi tengok cerita tu, pergilah.

aku       : terdiam.


apa ke baik pulak laki aku ni? siap suruh aku pergi tengok citer indon ku pinang kau dengan bismillah. kiranya, dia boleh je makan sorang-sorang. tak payah nak berteman bagai. perghhhh



aku dah tersengih-sengih tahan gelak masa basuh tangan. tak sampai hati aku nak layan citer indon. kang kalau dah setan bisik kat telinga dia,"buat penat je kau kahwin dengan awin ni. makan pun sorang macam masa kau bujang dulu. dah lah bini kau tu makin gemuk, perut dah tebal berapa inci... pot pet pot pet."



tak ke haru???




*sumber: pakcik google*  duk kat umah mertua, takleh nak mesra-mesra cenggini. dalam bilik jelahhhhhhh...kahkah





p/s: viva next week. aku tak prepare apa lagi nih. yang ada dalam kepala otak aku, pakai baju apa, tudung apa. pastu konfius nak pakai skirt ke, seluar? almaklumlah.. lemak-lemak dah nak muncul. nak kena cover dengan korset. HAHAHA



















2 comments:

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)