Sunday, December 30, 2012

Kalaulah Masa Hanya Untuk Kita.





ceh.
tajuk memang "emo" je kan?
mestilahhhhh....





Uncle D dah balik sarawak *sobs sobs* -_-




I wish he stay healthy dan tak tension duduk kat sana.



apa je lah yang aku boleh buat. memang dari awal masa ayah dan mak cakap bila aku bagitau yang aku nak kahwin,"betul kau nak si nuar tu? keja jauh tau...". maka aku dengan cinta yang mekar kembang di hati mengangguk laju-laju. "Nak mak." *lempang sekali*





dari semalam lagi aku dah start feeling sedih-sedih nak manfus ni. rasa nak rejam diri sendiri pun ada gak sebab bukan laki tak balik lagi dah. sobs sobs. tambah lagi dasat bila aku duk sibuk-sibuk gosok baju seluar suma and make sure barang apa lagi yang dia nak bawak.





pastu, pagi tadi, dua-dua tidur berpelukan *bukan tiap-tiap malam ke korang berpeluk? kahkah*. yelah. sebulan lebih jadik hasben-wife, feeling dia lain macam. sedih pun lain macam. sebakkkk je memanjang. aku rasa macam dah terbiasa ada orang memanjakan aku, menyakitkan hati aku kadang-kadang tuh, buat lawak tahap gaban sampai aku ketawa terbahak-bahak... serius...memang rasa lain
-_-






sebelum nak lunch tadi, dia mintak aku korekkan telinga dia. lagilahhhhh aku rasa sebak. dan-dan tu jugak aku potongkan kuku dia. masa tu, aku rasa, sebulan lebih baru aku dapat buat pahala lagi untuk Uncle D*uwaaaaaaaa*





on the way nak gi airport, air mata dah bergenang-genang dah. kalau cuit sikit, konfem leh meraung. sobs sobs. pastu masa dah nak salam, dia pun kiss pipi dahi (tak peduli dah bapak mertua ada kat depan.kahkah), aku terus nak melalak. tapi boleh tahan lagi sebab aku tau kalau aku nangis terus meleleh-leleh, nanti Uncle D tak senang hati nak balik sana. masuk dalam keta (dah standby tisu kat tangan dah), terus lap air mata. aku rasa, Che Jah pun tahan-tahan air mata gak.




memang betul lah tekaan aku. sebab masa kitorang gi beli durian, dia pun cakap, "Mak tak pernah nangis hantar nuar. sedih tu biasalah. tapi tadi mak nangis gak. sebab sedih tengok awin nangis...."




lagilah aku rasa nak meraung hentak kaki kat situ. sobs sobs.





bila dah balik rumah, masuk je bilik, terus aku teresak-esak. baca yasin pas maghrib pun menangis. macam orang kena dera je,kan? kau apa tau. dalam bilik tu, ada macam-macam barang dia. baju yang dia pakai siang tadi, aku angkat. pastu sempat la cium *rindu bau laki sendiri.kahkah*. lagi cium, lagi berjurai air mata. cis.






aku tak tau lah macam mana. even masa taip entri ni pun aku menangis lagi. malu lak kalau esok nak balik utm, mata bengkak-bengkak. haha.










 

                                                        masa nikah nangis, pas kahwin pun nangis....*tampar kang*

















 






No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)