Wednesday, November 14, 2012

Tips Kahwin # 6 - Kad Kahwin





Ok ok. tips lagi. tips lagi. lai lai lai...*puih. nak panggil-panggil orang buat apa? haha*




kad kahwin aku sebelum raya dah siap. sebab Uncle D nak bawak balik sarawak. puas dan jenuh gak la nak carik orang yang boleh buat kad dengan bajet yang aku ada. a'ah. aku bajet 50 sen je kad sekeping. takde nak lebih-lebih. buat mahal-mahal, satgi orang duk guna buat lap taik cicak. takpun, yang paling sadis sekali, duk buat lap taik idung. wahaha.



mula-mula dulu, aku dengan Cik Jah (nama manja mak mertua. kehkeh), dila, duk gi survey kat plaza kota tinggi. yeah. harga dia pun plaza jugaklah. kad pakai kertas A4 keras ko nak kira sampai 80 sen. harammmm lah aku nak beli. nasib baik saiful, adik aku suggest carik kat seremban.



memang cuti sem 2 bulan tu aku uruskan apa yang patut. penat tak payah cakap. sampai naik lah balik lemak-lemak aku. penat = tambah nasi. ambik kau. haha.



nasib aku baik. pergi kedai idaman bujur sirih kat jalan penghulu cantik. masuk kedai, jumpa dira. bagi kad yang aku design (design lah sangattttt)





kahkah. gila hodoh weh bila compare dengan yang dira design. ayat aku, "camne sekalipun, saya nak kartun saladin ni jugak." wahahaha. hensem sey saladin tu. gerammmmm je aku tengok *pangggg!*








memang aku pakai kertas murah je. kertas kulit buku sekolah. bajetttttt duit katakan.





ni yang belah dalam. mula-mula tu, aku cakap nak pakai kertas yang buku sekolah gak. tapi, diorang cakap tak sesuai. sebab cover kad kertas lembik. bila pikir, betul gak. 
*macam duit banyak je tanya orang macam-macam.kahkah*








tapi bila kad dah siap, terpaksa aku mengaku, memang cantik. simple tapi nampak unik. tu yang aku nak. lagi aku nak, ikut bajet aku. diorang bagi harga 47 sen je. kira ok apa. sapa yang nak kawen tu, tau lah camne besarnya 1 sen kalau dah darab dengan ribu-ribu -_-
terasa sangat-sangat nak-nak kalau orang tak kecukupan duit cam aku. hahaha.





sapa yang rasa nak kad murah, cantik,
boleh je gi facebook  ni
takpun, contact je dira : 0176071839

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)