Tuesday, November 20, 2012

Terukir Di Bintang - Nikah (10 Nov 2012)





Ihiks.
I is segan uolssssss....
Sebab bila I taip entry ni, I dah jadik bini orang dahhhh *sambil kenyit mata gatal*
kahkah




bila sebut pasal hal kahwin, aku rasa sedih lak. sebab 2 minggu sebelum aku kahwin, mak ayah accident. diorang balik Melaka nak ambik pelamin aku. but alhamdulillah, sekarang mak makin sihat. amirul pun dah ok. serius kitorang adik beradik tak nak dengar lagi hal-hal accident ni.




aha!
kita stop cerita sedih ni.
baik aku cerita pasal hal aku nikah.
=p









eceh. senyum gediks sungguh. kahkah. ni aku mekap sendiri. pak long kena buat dialisis. sobs sobs. nasib baik ada kak mashitah ngan ayin yang terel gila part pakai bulu mata palsu. wahaha








leganya bila dah selesai. nasib baik sekali lafaz. kahkah. kira uncle D boleh diharap lah. sebab aku dah cakap, kalau banyak kali lafaz, aku nak campak bunga kat tangan and cakap kat tok kadi, "saya dah takde mood dah nak nikah! esok-esok je lah."  boleh? wahahaha.



sepatutnya kena pakai mikrofon time nikah. tapi pasal apa entah, tetiba tak dapat. aku pun tak kisah sangat. yang penting, semuanya selamat. janji suara uncle D keluar time nak nikah. kehkeh










ni dah lepas dah sesi yang sangat mendebarkan. haha. dah boleh dah nak gelak-gelak. kalau tak, aku asyik lah rasa nak melalak pas kitorang sah jadik suami isteri. aku sedih sebab aku akan pikul lagi satu tanggungjawab. tak tau apa akan jadik pasni, but hopefully, everything will be OK.




ramai yang tanya, apa perasaan aku time nak nikah tu? hmmm....memang masa uncle D jabat tangan, aku dah start nervous tahap gaban. pundi kencing yang mula-mula rasa macam nak pecah, dan-dan tu jugak lah rasa air kencing termasuk balik. kahkah. aku tak henti-henti zikir, doa dalam hati mintak uncle D lancar, tak gugup, tak gagap. bila diorang cakap SAH je, perasaan sebak tu tiba-tiba je datang. aku rasa macam sedihhhhhh sangat. aku dah ada husband yang akan jaga aku lepas ni. dah ada tempat nak bermanja, nak sedih-sedih kalau rindu kat family. hahaha 








ok. ni hari sanding esoknya. kan dah cakap, tema aku maroon gold. haha. gila tradisional time nih. but i loikkeeee =p 
















ni gambar yang aku dengan uncle D paling SUKA. Aku rasa aku suka sebab tetiba je ada dua ketul umat pakai baju kaler merah, yang dua lagi dah tukar jadik itam. hahaha. kira paling menonjol lah kan. yang uncle D pulak suka sebab aku nampak comel. huh? comel apanya mulut ternganga-nganga. pengantin semua selalu senyum, aku je yang suka katup mulut. kalau photographer suh senyum, habis semua gigi aku nak tayang. muka pulak jenis lebar semangkuk. kahkahkah 









ni belah lelaki. tema merah hitam *perggghhh* versi moden. aku suka gak sebab merasa lah jugak pakai ala-ala mat salih. mekap pun macam artis. ececeh. yang sebelah aku tuh, Azlin. kawan baik masa time sekolah air molek dulu. sebabkan hasben dia selalu baca blog aku, maka aku upload gambar ni. wahahaha
apapun, majlis kitorang dah selesai. semuanya lancar, selamat. dah jadik hasben-wife dah seminggu lebih dah. perasaan? akan diceritakan in the next entry. ok?
*lambai tangan sambil bagi flying kiss*


2 comments:

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)