Monday, November 26, 2012

Perasaan Selepas Ijab Kabul =)






Heee.....
dah lebih 2 minggu jadik wife orang dah. perasaan? rasa kelakar. yelah. dulu lepas mandi,selamba badak je berkemban and bukak apa yang patut. kahkah. bila dah kahwin, 2-3 hari jugak lah aku duk jerit-jerit suruh uncle D tutup mata. i is malu uolls. wahaha. sekarang, dah OK sikit. kurang lah rasa segan tu.haha.




apa lagi yang lain ek? hmm...selama ni, bangun pagi, pikir ada kerja nak buat. sekarang, tak sempat pikir, dah tenggelam dalam pelukan. wahahaha =p




ok. sebenarnya, perasaan ni susah nak ditafsirkan. tak semestinya hari-hari aku rasa bahagia tahap cipan dengan uncle D. ada masa, aku berangin gak. sebab, kita ni adalah 2 manusia yang baru saja nak hidup bersama. perangai, fikiran, semuanya totally different. kalau dulu, kita kutip baju kita saja. sekarang, dah ada orang lain yang kita kena jaga. baju dia, makan dia. semuanya. 




ada benda yang langsung kita tak expect. sebab masa kita kenal dia, kira rasa dia begini-begini orangnya. tapi, bila dah kahwin, owhhh.. macam ni rupanya dia. semuanya memerlukan masa untuk sesuaikan diri. aku pun still lagi menyesuaikan diri. semua nya aku nak paham, semuanya aku nak tau *busybody katakan.kahkah*





apa lagi yang aku boleh share ek? tak banyak kot. sebab baru lagi. rasa macam manissssss je *maniskah?haha* yang aku tau, aku sekarang sibuk berjalan sana sini. duit mengalir macam air tapi aku malas nak pikir. kang kalau aku pikir, aku stress. baik aku buat bodoh, konon macam banyak duit. wahaha. 




research dah setel. tinggal nak buat tesis and submit next month, viva. resume? dah siap. kejap lagi nak pos semuanya. harap dapat kerja secepat yang mungkin. tak sabar nak pegang gaji cam biasa. mak dah lama tak mekap-mekap pergi kerja nokssss....kehkeh




 bila dah tau kerja kat mana, kat situlah rumah sewa kitorang sementara tunggu uncle D dapat pindah semenanjung. itulah yang mengganggu jiwaku ini. mau aku rindu meroyan kat dia lepas dia balik sarawak. cis! *sambil tahan air mata membayangkan laki jauh konfem tak rindu kat bini dia.kahkah*







amik gambar pakai handset je. malas aku nak berkamera. haha. yang menimbun tuh, resume yang nak kena hantar. yang mamat sebelah tu, uncle D. asik la nak tido jer...=p





p/s: kang nak jalan kat kuala selangor lak. yeeeeeehaaaaaa *sambil bayang muka prof sebab tesis tak siap lagi.sob sob*




 





        

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)