Thursday, October 4, 2012

Tips Kahwin # 5 - Pantang Larang Sebelum Kahwin










Kehkeh.
duk gogel, ternampak link pantang larang bagi pengantin.
pergh. eksaited la konon nak tau.
terus klik.



nah. baca.


pastu sambil baca, sila pekena kat diri sendiri. baru rasa macam "ehhhh....aku ke ni?"
haha.


1- Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
  Aku ni asal tengahari melantak mi. tak mi kuning, mihun. tak pun kuey tiow. malam baru jamah nasi. tu pun secoet. kalau buncit gak, tak tau le apa nak jadik. main picit-picit lemak je lah. kahkah.
 
 
2- Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.
   memang aku tak makan pun menatang dua nih. yang suka makan, haji hamdan. pastu bila kencing, seriau aku nak masuk.
 
 
3- Elakkan minum air berkarbonat kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.
    baru je ari tuh aku beli air tin. nak kasik period keluar betul-betul. tak main cak-cak. kahkah.
   
 
4- Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama.
   errrr.......
 
 
5- Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)
    abis la weh takde energy. jangan kata energy nak makan. nak meneran keluar kumbahan pun tak ada daya. adehhhh
 
 
6- Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
    aku kalau balik utm je, jarang makan makanan laut. sebab kafe asik-asik lauk yang sama. ayam, ikan. ayam, ikan. kalau ada sotong, sotong katak tu digorengnya. cis.
 
 
7- Amalkan makan telur ayam kampung 2 kali seminggu yang dicampur madu dan ada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.
     hitam? ke lada hitam? hahahaha
 
 
8- Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia utk membuang angin.
     tak kuasa akakkkkkkk
 
 
9- Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.
     soya untuk putihkan kulit. peduli lahhhh...
 
 
10- Elakkan minum minuman keras dan merokok.
      minum? memang tak pernah. merokok? dulu masa kecik. rokok daun pisang aku panggil. gulung daun pisang, bakar, pastu try sedut asap dia. konon nak tunjuk "cool". rasa bodoh je bila aku buat camtu.
 
 
11- Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
      mak kita tak bagi makan. dia cakap, lepas kawen, dah beranak, baru makan. pastu ada lagi ayat dia tapi aku tak sanggup nak tulis. kang orang ingat aku suka cakap lucah. hahahaha
 
 
12- Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.
      maknanya sembelit kah? ke cirit-birit?
 
 
13- Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
        dah ko sebut air kelapa, aku rasa nak minum lak. sadis sungguh.
 
 
14- Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
      kepala ke leher weh? wahahaha
 
 
15- Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan menjadi buncit.
 
       tak buat camni pun, memang buncit gak perut aku ni. sebab ada rahim *jawapan standard orang pompuan*
 
      
16- Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.
      owh. ok. kira kalau nak letak krim kasik kulit putih cepat-cepat pun kena tenyeh je lah. lantak lah kalau bercapuk pun. gitu?
     
 
17- Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.
      lah. kena gak tengok. kang kalau tebal sangat kang, tak ke kena bahan ngan orang?
 
 
18- Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
      uncle D buang alis? gyaaaaaaa......
 
 
19- Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
      pakai je lah krim.. bersepah orang jual krim putih-putih ni. ada duit, pakai sk11.
 
 
 
20- Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
       1st time aku dengar perkataan berlangir. pe benda menatang tu?
 
 
21- Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
     konfem lah nanti mak andam cukur gak. kalau tak, tak cun. camne tu?

 
22- Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu dan menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
        ok. nanti masa uncle D amik keta, aku serkup muka sendiri. biar dia rindu dendam kat aku. wahahahaha

 
23- Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.
       baikkkkk... sebab tu lah aku sampai tak buat dah part time. so skang, mana nak cekau duit? *terus down bila ingat duit. cepat lah dapat royalti.sob sob*

 
24- Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut di santau oleh mereka yang mempunyai niat yang tidak baik.
       ok. tadi takut eksiden, skang santau lak.

 
25- Jangan tidur di rumah orang kerana takut terkena ilmu yang tidak baik. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.
       setakat ni, umah uncle D je lah aku selalu tido. sebelum tu, rumah ezi. tu je 2 tempat aku pernah tidur sepanjang duk utm.

 
26- Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
       aku dalam tak nak-tak nak tidur tu, tidur gak. konfem cik jah (nama manja mak uncle D.haha) tak eksaited dah nak sambut menantu. tsk.

 
27- Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.
      memang tak nak pun. takut nampak hantu.

 
28- Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
      ya saya tau. sebab mak selalu bagitau.

 
29- Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai atau kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
     malu lah weh berak kat sungai kolah suma tu. tak leh feeling nak teran-teran. wahahahahaha

    
30- Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.
      ni memang dah tau dah. dari zaman belajar kat sekolah.  tak mau komen lah. malu plak.

 
31- Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.
      tak sempat nak urut. takde masa.

 
32- Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
      nafsu-nafsu jangan sebut. sensitif. i gadis. dipenuhi rasa malu yang menebal *betulkan tudung jap*

 
33- Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.
      kadang-kadang plan memang nak cukupkan tidur, tapi terjaga lak tengah-tengah malam. camne tu? kena qada' tidur ke apa?

 
34- Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
       insyaallah.

 
35- Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.
      rahsia pikat suami? ke diorang memang tak payah dipikat lagi dah? wahaha

 
36- Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.
      alahai. aku pun dah lama tak tidur kat bilik depan tuh. asik la tidur kat tilam utm. memang tilam baru. tapi ada macam bau sembur nyamuk tu. puas daaahhhh sembur perfume. tak berapa nak jalan. cis.

 
37- Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dari dikhianati orang lain.
      noted!

 
38- Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan.
       hah? tak paham.

 
39- Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.
       aku rasa orang laki ni macam buaya. pantang dah tau hak dia, terus nak 'ngap'. konfem diorang tak setuju pantang larang nih. kahkah.

 
40- Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah mengalami gangguan emosi.
       masalahnya kalau pengantin tak buat kerja, kang kerja tak berjalan. lagi bertambah gangguan emosi.

 
41- Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
       ok. paham. saya terima nasihat ini dengan sukacita.

 
42- Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
      main jeling-jeling mata boleh?

 
43- Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.
      baca jelah doa malaikat. mintak malaikat alihkan hujan. kan afdal.

 
Percaya atau tidak terpulanglah kepada anda. Namun setiap pantang larang orang dulu-dulu pastinya ada hikmah dan kebenarannya.Yang baik kita ikut yang buruk kita tinggalkan.


ayat biru ni bukan aku tulis. ni, ni. orang ni yang duk tulis *sambil gelengkan kepala tunjukkan website ni* pantang larang untuk pengantin

2 comments:

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)