Friday, October 19, 2012

Resepi Cucur Ikan Bilis Yang Sedap =)




*baca tajuk*
Sedap lah sangatttt. HAHAHA



Semalam, teringin nak makan cekodok ikan bilis. kak nani dah balik kelantan, tinggalkan tepung sepeket kat aku. terus anak tekak gatal nak makan cekodok. cis. bagitau ezi, aku makan cekodok je malamnya. dia suruh buat lebih sikit. bagi kat dia.




so semalam pas abis keja kat lab, aku terus gi jusco. deodorant da nak abis, terpaksa beli. sengaja je nak aku keluarkan duit yang makin susut ni. kan? kan? dan-dan tu jugak capai underwear kat lingerie shop. beli 2, nak dekat RM30. Takpelah. underwear renda-renda buat gatal. WAHAHAHA



OK.


Tak nak merepek lagi dah. terus bagi resepi *ecehhhh*


bahan : tepung, ikan bilis, bawang besar hiris-hiris (lagi best kalau ada lesung. tumbuk kan sikit bawang merah ngan ikan bilis. perghh), daun kunyit (sebab takde daun cekur), garam, air, cili mesin (kalau jenis lidah pedas boleh gak hiris cili api. lagi walllaaaahhh), minyak masak sesudu (pakai marjerin pun boleh untuk bagi cekodok lagi rangup dan lembut kat dalam)
 
 
 
 
kesiannnn. duduk hostel katakan. masak pun pakai rice cooker jelah. siap duduk bersila tunggu cekodok garing. pastu, kejap-kejap amik bau cekodok. konon feeling duduk rumah. HAHAHA
 
 
 
 
 

yang hitam 3,4 ketul tu sebab aku sembahyang. abis je sembahyang, tengok-tengok dah "terlebih garingg"
 
 
 
 
 
maka, itulah resepi yang dihasilkan semalam. lepas makan cekodok sepinggan, terus mata nak lelap. dasar pompuan gemok. HAHA
 
 
 
 
 
P/S: aku makin stress mengadap research. sila lah cepat abis, daku mau bekerja kembali. sangat rindu mendapat gaji -_-
 
 
 
 
 
 


No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)