Wednesday, October 10, 2012

Lelaki SUKA Dipanggil Abang???





                                                        





Tadi petang masa tunggu deposit elektrod, aku termasuk blog sapa ntah duk cakap pasal panggilan untuk laki masing-masing. then bila kak nani balik, kitorang duk borak hal yang sama.



baru ku tau, orang laki suka kalau dipanggil 'abang' (sambil jolok tekak). rasa macam dihormati. pastu kak nani citer pasal dia dengan hasben dia. masa diorang baru couple, panggil 'awak saya' je. dah kawan-kawan laki dia duk mengejek. terus hasben dia suruh tukar. panggil 'abang ayang'. kahkah. aku gelak besar sebab dia cakap mula-mula tu rasa geli, tak biasa. dah lama-lama,ok.




aku pun citer pasal aku dengan uncle D. mula-mula, aku kau je. yelah. baru kawan-kawan. haruslah kau aku. takkan nak awak saya. geli lah pulak walhal aku jenis boleh tahan brutal  dalam hati ada taman.  pastu, bila dia dah ajak kahwin, kitorang pun dah konfem jatuh cinta pandang pertama (lah sangattttttt), terus aku tanya nak panggil apa. takkan nak 'aku kau' gak. siyes macam kasar. dan konfem mak aku "carut"kan aku nanti.




eceh.
dan-dan tu lah dia tanya,"nak panggil apa?"
aku balas,"Panggil d lah. d=darling. tapi time baik. bila gaduh, jadik d=dog.wahaha."
dia cakap,"okey."



pastu terus naik miang. "awin nak panggil apa pulak? sayang? baby?"
puiiiihhhh.
geli aku nak bersayang-sayang, nak berbaby-baby.
kang baby time manja, terus jadik b**i bila gaduh. wakakaka






ok. kak nani cakap, awal-awal rasa kekok part panggil abang. tapi lama-lama, ok.
masalahnya, patut ke aku tukar D tu pada abang?
eeeiiiii. seriau aku.
mau 3 malam 3 ari aku berselubung, jolok anak tekak sendiri. hahahaha




kesimpulannya (ada kesimpulan tuh.haha), ikut orang. kalau kau rasa selesa, panggil je lah abang. kalau tak boleh, tak payah. yang gelinya, u jugak. bukan orang lain.



lagi satu, jangan bila berdua je berani panggil "abang sayang". bila depan mak bapak, terus tukar panggil nama. ceh. nak romantik, tak kira masa okey. orang perempuan ni, bukan mintak kau kepit dia 24 jam. tapi treat dia macam budak kecik. nak dimanjakan, halwa telinga nak seronok dengar.




*mula aku nak bagi tazkirah nih*





sebenarnya, memang kena ada panggilan macam ni. aku tengok mak ayah aku. bila diorang nak manja, dari ABANG, NOR terus  jadik ABANG, ADIK. anyonyonyonyonyo *gedikkkk*
takde cover pun depan anak-anak kalau nak panggil abang adik tuh. rilek jer.






so, amacam?
aku tua 2 bulan dari uncle D.
tukar jelah jadik KAKAK ADIK. wahahahaha


No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)