Wednesday, October 10, 2012

Intan.







Eh eh.
Intan mana pulak ni?
T_T



Ni kisah petang tadi. baru je jadik ni haa.
2 hari lepas, ada sorang budak perempuan ketuk pintu bilik aku.
*of course lah perempuan. kau tinggal kat hostel lelaki ke apa win?*
bila aku bukak, tanya kenapa?
dia tunjuk sudu. aku dah kerut kening dah.
sudu apa pulak ni?
nak buat kajian sudu ke apa?




dia cakap, aku ada bagi pinjam sudu tak kat dia?
aku geleng.
aku ada sebatang sudu, sebatang garfu aje untuk sem ni.
sebab aku lupa nak mintak kat Datin Nor.
tu pun dah nak buruk dah sudu ngan garfu tu aku tengok.
nak beli, malas. sudu je pun.
nanti nak abis, aku buang aje. kahkah.



ok. sebab kan aku kata tak, dia pun pelik. garu-garu kepala.
dia cakap, dia amik dari bilik aku.
aku kata, maybe rumate aku, kak nani.
tapi kak nani takde. balik kelantan.
"Tapi saya tak pernah tengok kak nani ada sudu ni. ke awak memang salah bilik?"




pastu, gitu gini, dia cakap takpe. dia nak tanya bilik sebelah.
aku ingat dia hilang gitu je lah.
then semalam, aku terserempak ngan dia.
sebut lagi pasal sudu budak ni.
dia tanya,"Saya dah pulangkan sudu kan?"




aku balas, "Hah? Mana ada. awak salah orang lah."
pastu aku gelak-gelak, blah.





ni. baru je kejap tadi.
dia ketuk pintu bilik aku.
dah lah aku macam bibik je ngan kain batik, berTshirt.
muka pun sememeh sebab pening baca jurnal.



"Nah awak. saya belanja."
aku tengok ada air oren Twister sebotol.




aku cakap, "Eh. kenapa belanja? saya buat apa?"
budak tu tersengih-sengih.
"saya rasa bersalah sebab tak pulang sudu."



aku dah tepuk dahi, ketawa.
"kan saya cakap, awak salah orang. saya tak pernah bagi pinjan sudu pun kat orang. rumate saya pun tak pernah bagi. saya dah tanya dah semalam. awak meeeeemang salah orang."




"ye ke? tapi saya rasa ni lah bilik yang bagi pinjam sudu tu. ada tulis research ni haa."
(sambil merujuk kertas biru yang ada tulis research. tu form kak nani masa cuti. kitorang malas nak buang.kahkah)
"Iya. saya dah tanya rumate saya. dia takde sudu kaler biru yang awak pinjam tuh. pendek kata, bukan kitorang yang bagi pinjam sudu kat awak. awak salah oranggggg!"




"Takpe lah. awak ambik je air ni.saya belanja. dah rezeki awak ni."



aku sambil tersipu-sipu malu menolak sepenuhnya.



"Tak payah lah wakkkkk... kita dah cakap, kita tak pinjamkan sudu kat awak pun. kelakar lah awak ni main-main belanja." *gila gedik sey ayat aku...eeeiiiiii*




"Ambik je lah. saya dah niat ni. nama awak apa?"



"Awin. Awak?"



"Nama kita intan. ambik lah eh. rezeki ni."




ok. fine. aku ambik. dah ko asik hulur-hulur je.
aku pulak tergedik-gedik malu.
serius rimas perangai sendiri.



maka, aku dapat air oren free. siap ada sudu lagi. wahahahahaha









No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)