Wednesday, October 3, 2012

Attitude Bang! - part 2




Semalam aku cerita pasal mamat yang gila sangat pakai mesin kan?
kan?
kan?
baik korang angguk jugak.



pagi tadi, aku sampai lab pukul 8. dengan tidur yang asyik terjaga *stress kot*, kepala pening, dia tanya aku.

dia : Ezi eh? (kan budak perempuan tu dah cakap yang nama aku azwin. lab sebelah je kot...)

aku: *geleng* tak. *sambil jalan plan nak buat bongok. aku kan malas nak layan mamat perangai buruk. tapi tak sampai hati. aku toleh gak.

aku: napa?

dia : err... boleh tak cakap dengan dia yang saya nak pakai 1-2 hari.

aku : eh. kitorang pakai sampai hujung bulan ni. awak pun dah pakai 2 minggu kan? *sinis gila time ni*

dia : seminggu.

aku : 2 minggu *suara keras*

dia : terkebil-kebil.


aku terus keluar. malas dah nak mengadap. yang aku tau, ezi dengar dia tutup pintu sekuat-kuatnya.
apa masalah? bukan pintu aku. kehkeh.



tu lah. lain kali nak buat something tu, pikir orang lain jugak. apa salah kalau kau amik budi bahasa, datang jumpa aku or ezi cakap yang kau nak guna gak mesin tu. kita sama-sama pakai. masing-masing gilir-gilir. aku takde hal. aku ok.



tapi ni tak. kau ikut kepala kau. siap cakap hari yang budak perempuan tu nak pakai mesin, "eh. korang tak tau ke? kan kena booking dulu."



dan-dan tu jugak kau pakai 2 minggu kan?



so. silalah rasa. aku pulang balik paku buah keras kat ko.
nah, ambik!
    



p/s: aku rasa aku sakit kepala sebab terlampau banyak yang nak kena settle kan bulan ni. pendek kata, aku stress. kenapalah takde mamat hensem kat bilik yang boleh tolong picitkan kepala. kahkah.

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)