Monday, September 24, 2012

Malang Yang Memang Dah Berbau...

Aku tengah takde mood ni. serius takde mood. Janganlah aku jumpa ada orang try buat lawak bodoh ke apa. aku risau aku ter''terbang"kan orang... Alat apa ntah dalam lab rosak. pagi-pagi prof datang, aku duk explain gitu gini. dia tetap macam nak salahkan aku. "Awak yang salah ni. awat duk dah tau ada bau terbakar, awak tak tutup suis?" Hek eleh. Bila aku dah bau something yang hangit, kan aku terus tutup? takkan aku nak biarkan asap berkepul-kepul pastu menjerit mintak tolong? aku ni penakut gakkkk... berapa kali aku nak explain??? kang aku naik hangin kang...haa.... pastu, tengak aku duk taip-taip entri ni, nak mengadu domba, dia datang dengan 2 lagi lelaki. yang sorang tu memang lecturer sini lah. yang sorang lagi assistant lab. yang lecturer tu siap tanya," siapa yang pakai lab ni?" konfem lah aku kan? dah aku duk tercongok kat situ. paling lawa, paling ayu sambil buat muka kesian. dan-dan tu jugak dia cakap,"Awak ni...tau guna ke tak?" pastu ketawalah tiga-tiga lelaki itu memuaskan hati. cimpanzi sungguh. Ya allah. menggigil aku nak marah. hati ni membuak-buak suruh lambungkan dia tiga-tiga tuh sekuat-kuat yang boleh.
tengah tunggu prof merayau-rayau sambil aku menahan nafsu gatal marah. dan selepas puas menanti dengan harapan yang tinggi, akhirnya prof datang dan bagitau. "Tak boleh pakai. rosak dah. nak tunggu repair, memang tak sempat. awak tukar bahan sampel pada copper oxide. still 3 layer." aku: muka sadis. nak nangis. hati nak menjerit. yang aku terbayang adalah tukar proposal. tak ke banyak kerja tuh... arghhhhhhh kenapa lah aku yang paling nasib malang hari ni? kenapa mesti aku? owhhh...*amik tisu lap hingus* p/s: aku tak tau lah apsal aku taip cantik tapi kuar jadik huduh gini. nasib ko lah yang baca. yang aku tau, aku dah lega sikit lepas tulis. tunggu Uncle D pulak call. aku nak mengadu domba.

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)