Tuesday, September 4, 2012

Kisah Sakit Urat dengan Seks.






Aku tau sape yang baca tajuk, mesti cakap,
dah lah dah lama tak update blog. sekali update, terus story lucah.ya.
sila maafkan saya kerana menyorok agak lama.
aku cuma boleh cakap aku busy.
busy carik duit pastu kasik perabih, pastu emo sebab kena keluarkan duit nak balik UTM. kehkeh.




ok. berbalik pada tajuk di atas, mak aku sakit sehari dua ni. dia tiba-tiba macam susah nak bangun, jalan. dia rasa macam pundi kencing kena sekat. tapi bila kencing, boleh je. smooth gitu. haha. last-last, dia cakap, mesti kena air kencing kotor. sebab bila makcik aku datang rumah aku, dia rajin buat air manis. air kopi, teh. mak aku pun tumpang sekaki. tu tak masuk bila orang datang beraya, dia pun join minum air anggur.





bila suruh pergi klinik, dia tak nak. sebab doktor gerenti suruh dia minum air masak banyak-banyak. ok fine. dia mintak kawan baik urutkan. lepas kena urut, ok sikit. tapi still susah nak jalan. kena tolak kaki dia.




then hari ni, kantoi. dia bagitau aku yang dia ada angkat pasu dari depan bawak ke belakang. bagus kan? dah tau tak boleh angkat berat-berat, lagi nak angkat. aku dah macam makcik tua. membebel satu rumah. serius aku susah hati. aku bukan boleh tengok mak aku sakit. dapat pulak, ada adik versi nak membuta sampai ke tengahari. kalau tak jerit, tak jalan. susah weh kalau mak yang sakit. memang aku boleh take over tapi rasa masakan mak sendiri mana sama. cis.




pagi tadi, mak aku mintak ayah pergi farmasi. beli ubat sakit urat. aku yang bawak keta sebab pajero ayah kena servis. bila dah beli dan balik rumah, ayah bukak dialog dengan suara selamba.




Ayah : *sambil bukak porch bag dia* Mesti orang cakap, "Apalah Mejar buat dengan bini dia sampai bini dia sakit kat ari-ari, jalan pun kengkang-kengkang *sambil ajuk gaya mak aku jalan time sakit ni*




Mak : *tahan gelak dari dalam bilik sebab sakit*





Aku : *Gelak macam naga. terlupa nak jadik bini orang tak lama lagi*







p/s : nanti nak update pasal adik aku. kisah cinta tak kesampaian.

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)