Sunday, August 5, 2012

Saka yang Berpuaka - part 1

*cerpen pendek. cerita ini tiada kaitan sama ada yang hidup atau yang telah mati atau yang belum lahir lagi*




Ia sebuah kisah. sesetengah menganggapnya sekadar omongan kosong dan cucu R menganggapnya realiti. Pengembaraan melawan jin syaitan yang menjadi belaan ini telah diharung bertahun lamanya.




Kisah bermula apabila cucu R sakit belakang. kadangkala sukar bangun, sukar duduk. pernah dia tidak tidur selama seminggu hingga kepalanya pusing dan pening. maka, cucu R merasakan bahawa sakitnya bukan sakit yang harus dirawat para doktor di hospital setelah x-ray dilakukan. nasib cucu R sungguh baik kerana sesungguhnya ALLAH S.W.T sentiasa bersamanya. dia dipertemukan dengan seorang ustaz A yang akhirnya memaklumkan cucu R terkena gangguan. ustaz A melakukan solat hajat beberapa malam dan akhirnya memberitahu bahawa gangguan yang dialami oleh cucu R berpunca dari R yang mengamalkan ilmu syaitan dalam diam. nampak alim di luar namun jahat di dalam. cucu R dan kedua orang tuanya pulang ke kampung dan bersemuka dengan R. namun, R tidak mengaku tanpa memandang ke arah anak, menantu dan cucunya. cucu R sudah mula merasakan sesuatu sementelah lagi pesanan terakhir arwah atuknya ialah "Berubat nak. berubatlah." dengan deraian air mata.
Cucu R meneruskan perubatan secara Islam itu.




dia kembali sihat.
tapi tidak lama.




dia kembali menderita. sakit belakang semakin serius. dia mula mengalami mimpi yang pelik-pelik. bermula dengan mimpi perempuan cantik mengandung anak ular, terlihat kelibat lintasan hitam, kedatangan perempuan cantik dihadapan pintu biliknya dan macam-macam lagi, cucu R menangis menghubungi ibunya. dia meminta ibunya menghubungi seorang ustaz lain yang diperkenalkan seorang teman kepadanya. maka dengan gigih cucu R pulang bertemu sang ibu yang tidak tahan melihat anaknya sakit.




ustaz yang lebih selesa dengan nama ustaz B mula meminta nama penuh si cucu R berbintikan ibu. dia meminta datang sekali lagi dengan sang bapa. sekali lagi, datang lah cucu R bersama kedua orang tuanya keesokan hari dengan beras, bawang putih, daun sirih, garam, lada hitam dan air. cucu R telah menangis tiba-tiba dihadapan ustaz B. Entah mengapa hatinya sayu...




cucu R telah berubat dengan mandi 7 air kolah masjid. dia kembali sihat. namun tetap mengalami pelbagai mimpi pelik. solat hajat dan tahajud dilakukan lebih kerap. tiada apa yang diminta melainkan ALLAH S.W.T bersama-samanya dan melindunginya. dia cuma mahu hidup dengan tenang.




ayat-ayat al-quran yang dibekalkan oleh ustaz A diteruskan sehinggalah suatu malam itu. seluruh badan cucu R terasa bahang. kepalanya seperti ditekan-tekan. hatinya berdebar-debar. tiba-tiba, lehernya terasa dijerut malah ketika dia mahu membuka pintu bilik dan meminta bantuan temannya, badannya dihentak ke dinding. cucu R mula membaca ayat Kursi dan apa saja ayat yang terlintas di ingatannya. dia tahu, ada "sesuatu" yang begitu marah dengannya. "sesuatu" kepunyaan R.
cucu R melepaskan rasa marahnya.
"aku takkan sesekali ambik kau, menjadi tuan kau. sampai mati pun aku takkan ambik kau."
cucu R dilepaskan.
dia kembali bernafas.





cucu R tetap berasa sakit walaupun selepas berubat dengan ustaz B. namun, kali ini sakitnya semakin berkurang. baik dia mahupun ibunya tidak mahu bersangka buruk terhadap R. rahsia R tersimpan rapi.





Namun kuasa ALLAH S.W.T tiada siapa pun dapat menjangkanya.Ibu pada cucu R bertemu dengan seorang sahabat yang sememangnya mempunyai beberapa keistimewaan. dia telah menyatakan rahsia R selama ini yang membela jin dan syaitan atau apa saja yang boleh disetarafkan untuk cantik, menundukkan suami dan sebagainya. tahulah cucu R bahawa telahannya selama ini benar.





kebenaran ini pula bersambung dengan rahsia dari bapa saudara yang pertama cucu R. kisah yang disimpan akhirnya terbongkar apabila salah seorang adik daripada ibu cucu R jatuh sakit. ibu saudaranya itu tidak sedarkan diri dan mula membocorkan rahsia R yang hidup dengan membela jin saka!





namun, bukan semua adik beradik ibu cucu R percaya.
masing-masing terpengaruh dengan kata-kata R yang sememangnya mahir berlakon, berpura-pura.
masing-masing tidak tahu bahawa R seorang yang sangat ego dan pentingkan diri. dia lebih rela menyerahkan "belaannya" kepada anak dan cucu dalam diam daripada mengaku terang-terangan.
masing-masing tidak tahu bahawa sakit belakang, rasa sakit yang mencucuk-cucuk pada kaki, jantung yang berdebar-debar secara tiba-tiba adalah tanda-tanda gangguan saka. masing-masing tidak tahu bahawa ibu mereka, R telah memasukkan "belaannya" dalam diri mereka dan anak mereka sejak lahir lagi...




*bersambung*





p/s: gila kentang penat menaip. tak larat.

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)