Monday, August 6, 2012

Resepi Tauhu Terbalik Versi Sheila Rusly

Sejak Ketuk-ketuk Ramadan disiarkan 5 tahun lepas, maka aku dah jadik salah seorang penonton fanatik. pantang pukul 12.30, aku dah terpacak depan TV nak nengok artis mana yang kena masak. memang walawei lah Kak Sheila jadik hos. dengan mulut becok, soalan maut kat artis.





aku bukan setakat suka sebab artis yang masak. tapi aku suka gak sebab ada resepi-resepi ringkas yang pelik dan aku tak pernah try. so, kali ni aku jadik mengidam tengok sheila rusly masak tauhu terbalik.





yup. tauhu terbalik?





versi dia lain sikit. aku pulak ikut tekak aku lah...ngehngeh






bahan-bahan:
tauhu dadu (alah. yang selalu orang letak dalam mi kari tuhhh)
isi ayam (nak tambah udang pun boleh)
daun bawang
daun sup
lada sulah
garam sikit
kiub pati ayam Knorr
telur
cili merah






cara-cara:

1) hujung tauhu dibelah 4 sedikit. then terbalikkan dia. isi tauhu jangan dibuang. boleh campur dengan bahan lain. maknanya, korang akan dapat bentuk tauhu ala-ala bunga.



2)Isi ayam dipotong dadu. gaulkan dengan telur, lada sulah, daun bawang, daun sup, cili merah yang dihiris, kiub pati ayam, garam secukup rasa dan isi tauhu tadi.

3) Kemudian, masukkan semua bahan yang digaul dalam tauhu yang berbentuk bunga tu.


4) Sila goreng dalam minyak panas yang mana kelopak tauhu di bawah.






aku lupa nak snap gambar masa bukak puasa tadi. so yang tinggal adalah tauhu hodoh-hodoh. wahahahahaha

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)