Saturday, July 28, 2012

Rezeki Itu Allah Yang Bagi. Jangan Kita Takbur.









Aku dari kecik sampai besar gedabak gini still suka pendam perasaan.
dari luar, orang boleh tengok aku gelak-gelak. Yup. dari pagi sampai malam.
tapi kalau dah nama manusia. sabar kita pun ada limit nya. ye tak?









aku nak cerita tapi tak boleh. tak nak aibkan sesiapa. ibarat tepuk air kat dulang, terpercik kat muka sendiri. macam tu lah.



memang blog ni ibarat diari aku. tapi bukan semua aku boleh luah, tulis. ada hati yang aku kena jaga. even kadang-kadang orang tu rapat dengan aku pun, tanya aku ok atau tak. jawapan aku tetap sama : I'M OK.




apa aku boleh cakap, aku sedih sangat-sangat dengan apa yang orang tu cakap dan buat. dah berkali-kali, aku tetap diam. tapi nampaknya cukuplah setakat ini. sabar aku dah lebih dari sepatutnya. kalau aku tak dihormat, kenapa aku pulak kena mengalah? ayat yang dia keluarkan dah lebih dari apa yang patut. orang yang patut bersuara setakat diam tak cakap apa-apa. jadik, siapalah aku nak bercakap lebih? diam jelah.





aku percaya rezeki dan jalan yang aku pilih. ALLAH sentiasa bagi lebih pada mereka yang tak bersyukur bukan sebab ALLAH tak tahu. tapi sebab ALLAH MAHA MENGETAHUI. Maybe orang tu kena belajar istidraj kot =p





Kalau selama ni aku membalas peluk cium kau, tiba-tiba aku kaku tapi biarkan kau peluk aku, itu tandanya aku masih hormat hubungan kita. maknanya sayang aku pada kau dah berkurang. or mungkin dah hilang.





TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR, TERLAJAK KATA..?

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)