Friday, July 27, 2012

Penangan Dejavu Di Kinabalu.

Sejak dari TV3 duk canang-canang nak tayang Dejavu di Kinabalu, aku dah macam kena api kat buntut. tak sabar-sabar nak tengok. gila punya excited okeyyyhhh


dah la aqasha yang berlakon aku start suka sangat dia berlakon pas drama apa entah yang based on novel tuh watak Sufian he he. Tiz plak memang favourite aku. maybe sebab dia putih and cantik aku pulak tak macam tu ha ha. lagi satu, citer ni ala-ala summer scent. kira baik la aku layan citer ni pas abis cite cina kat tv2. Ngam-ngam je jenis suka melangut depan tv.




ada 2 hero dalam citer ni. satu Ammar(Aqasha) and satu lagi Bazli (Nazim Othman). Perghh. pasal drama ni lah aku duk angau menggila kat Bazli. watak je lah. bukan si Nazim tu. gila apa nak gedik ngan pelakon macam la diorang nak pandang aku kannn? kehkeh.




serius. aku hangin kat watak Nadira si Tiz dalam citer ni. berubah sebab jantung lah, ape lah. dah ada tunang baik cam Bazli, leh pulak tersasar hati kat si Ammar. rasa nak tonyoh-tonyoh je kepala Nadira tuh. aku kalau dapat mamat cam Bazli, mau tak tidur malam. tunang sikit punya hensem, kaya, baik, mau pompuan-pompuan nak try kebas tuuu *sinsing lengan baju*





sib baik lah citer ni nak abis dah next week. aku pun dah penat duk melangut kat depan tv. nak-nak di bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan eceh.kelam-kabut weh nak bersiap-siap gi tarawih. haha.





jap-jap.
apsal lak citer pasal Bazli semua ni?




Eh.
aku bukan saja-saja nak citer.
just nak suruh korang vote watak Bazli tu
DEJAVU B, hantar kat 33399.



Heeeeeee
*memang pengaruh si bazli nih*






p/s: Bazli selalu bukakkan pintu keta untuk perempuan. gentleman sungguh mak terpikat noksss. Uncle D? harammmm...1st time bawak aku gi umah dia nak beli cincin, lagi suruh aku pegang ais. pastu suh turun lagi bukakkan pagar rumah dia. cis. awal-awal dah nampak sifat pembuli dia tuh. napelah aku boleh syokkk ngan sayang kemain lagi kat dia...haha

2 comments:

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)