Thursday, July 12, 2012

Kalau Duda Pun Apa Masalahnya? Tu Laki Irma Hasmie!

Hangin plak aku baca info pasal hasben Irma alah yang hensem-hensem manis tu Redza. katanya duda. So what kalau dia duda?



Aku tak paham lah kenapa wartawan ni yang kecoh-kecoh and then jenis ketiak gatal pergi sebarkan foto-foto lama Redza ngan ex-wife dia. korang dah takde kerja eh.




pada aku, perkahwinan tu satu komitmen penting. dah tentu lah Irma dah tau yang orang dia nak kahwin tu pernah berkahwin dan berpisah. sebelum kahwin, kita kena jujur, telus cakap siapa diri kita. takkan lah si Redza tu nak cakap kat semua orang yang datang majlis dia "Saya Redza, hasben Irma. Saya duda."






nak kena cakap ke?



kena ke?





serius sengal lah yang pergi kecoh-kecohkan hal ni.
kalau aku jadik Irma, aku dah sound habis dah wartawan yang keluarkan info ni.
nasib baik aku bukan Irma kehkeh





aku bukan lah emo pasal syok kat Redza tu. tak kosser aku nyah.
aku cuma kesian dan aku rasa tak patut.
orang baru kahwin kot.
baru feeling syok tengok video diorang nikah.
baru feeling syok konon aku pulak nak pegang bunga panjang cam Irma.
baru feeling syok pasni aku pulak nak cium tangan laki sendiri.




tau-tau nafsu mati bila orang kecoh ngan status duda pastu publishkan pic lama hasben dia.
ibarat nak makan spageti, pastu ada terbau taik. paham tak perasaan cam tu?




tolong lah pada reporters camni. cariklah kisah lain yang boleh menjana otak sikit.
bukan kisah rumah tangga orang. nak-nak yang versi baik cam Irma
*alololo cantiknya dress hatta dolmat reka kalau banyak duit rasa nak sarung jugakkkk apa nak buat kena ukur baju kat badan sendiriiii maka pakailah baju nikah yang tempah ajeeeee sambil pegang bunga panjang ala-ala irma nak sebijik cam dia tak mampuuu*





p/s: Aku tengok video nikah Irma, dia pegang bunga panjang berumput bagai. aku pun gi carik sejambak. tengok video sanding pegang bunga lain pulak lah hai. hati gatal nak macam tu gak... kecipus sungguh.

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)