Tuesday, July 31, 2012

Demi Boyfriend. Ke Buaya-fren?

Aku baru pas baca pasal Shila Amzah ngan Sharnaaz. boring weh. pas Subuh, nak sambung buat taik mata, tetiba rasa payah lak.teringat manuskrip yang still 30 pages tak meningkat naik pun. cimpanzi sungguh. aku paling benci kalau idea takde ni. huhu.





owh. sila sambung pasal story tadi.
dari Bi-Pop last week ke hape ntah aku duk baca pasal benda yang sama. Shila ngan Sharnaaz - sila jaga kelakuan anda sebab ramai sakit mata tengok anda berdua duk pegang tangan.





and then tadi, Shila duk balas baliklah komen-komen orang yang asyik lah busy mengata dia ngan Sharnaaz. dari komen dia, dia macam marah lah sebab kalau nak mengata, mengata dia sajalah. jangan kaitkan dengan nama mak ayah dia.




aku macam, "errrr.... bukankah itu situasi normal?"
kau buat salah, orang mesti akan cakap, "anak sape ni? malaun sungguh." - ayat tambahan.kehkeh




pada aku,memang benda normal *zaman sekarang lah kan* kalau kau bercinta, pegang-pegang tangan, raba sana raba sini. tapi takkan normal kalau prinsip hidup kau ialah bercinta, takleh pegang, takleh raba. see? paham tak? konsepnya, macam mana kau bercinta, pegang atau tak, raba ke tak, semua tu atas kau. bukan atas orang lain. kau yang tentukan corak percintaan kau sendiri.




senang cakap, kalau ada lelaki yang syok dekat kau, and kau pun syok gak kat dia. bila dia ajak kau bercinta-cintaan dengan dia, then nak pegang kau sana sini, jalan melintas nak pimpin-pimpin, kalau kau rasa tak suka, cakap terus-terang.
"I tak suka. kalau U boleh terima cara cinta macam ni, kita teruskan. kalau tak, U boleh carik orang lain. I pun boleh carik orang lain gak. yang hidungnya lagi kempis dari hidung U."
ok. yang ayat bawah macam over tu saja aku tambah buat lawak walhal tak lawak pun.





situasi lain.
kau ada boyfriend and bila jalan berdua, dia nak pegang kau, mula-mula kau tak nak. tapi lepas dia bagi ayat manis dia, kau pun jadik macam lembu yang kena cucuk hidung - dengar cakap dia.





nampak tak beza situasi ni?
kalau kau cakap tak nak, kau ingat lelaki boleh paksa kau ke?
TAK kan?
so, bila masuk bab-bab gini, itu semua atas perempuan.
kalau lelaki angkat tangan try nak pegang-pegang, kalau kau tepis,
kau ingat dia berani lagi nak buat macam tu? kecut urat-urat kentut dia tau tak.
tapi, kalau dia sengaja nak naik tangan raba kau, dan kau pun duduk diam macam suka, sila lah jangan terperanjat kalau dia boleh buat lebih dari tuh.





macam baru-baru ni, aku gi bazar *kantoi tak pegi tarawih dah.huhu*
boleh pulak ada satu couple, rasanya macam Indon je. boyfriend tinggi melangit dapat awek kecik molek. wah wah. tangan tak tahan. dari pegang bahu arah belakang, tangan turun ke pinggang lak. pastu, kat celah seluar tuh. @#$%&
orang ramai okeyh. yang perempuan tu boleh pulak tersengih-sengih syok. aku tak pikir diorang laki bini. sebab kalau laki bini, tak de lah nak menunjuk-nunjuk main raba macam tu.



bongoks lah haih.





macam aku sendiri *senang sikit cakap diri sendiri lantaklah nak kata aku berlagak ke riak ke ape pun kosser mak nak pikir apa orang cakap noksss*. dari kenal dengan Uncle D, aku dah cakap, dengan aku, takde nak pegang tangan kalau jalan-jalan ni.even dah tunang pun, aku ngan dia, tak pernah lagi ambik gambar laga pipi, laga bahu, main dukung-dukung. boleh je buat kalau nak, kan? tapi tu semua atas kita. kita yang decide cinta macam mana kita nak.
maybe kalau ada boyfriend kau cakap,"I dulu dengan si anu si polan tu, boleh je pegang, peluk-peluk?"
jangan la kau diam melainkan kau nak sama standard dengan ex-boyfriend kau.
sila lah jawab,
"Sorry lah. I punya harga mahal. yang cikai-cikai ni, I tak heran."
masa jawab tuh, buat muka kerek gila sampai boyfriend kau trauma nak naik tangan meraba. kehkeh!







satu benda yang aku dengan sukanya nak ingatkan - baik pada diri sendiri dan girls sekalian,
bak kata mak aku,
nak serah benda berharga dalam hidup, biarlah pada orang yang paling layak - encik HASBEN.
pasal orang lelaki ni tak rugi apa pun.
yang selalu rugi, orang perempuan.
biar orang cakap kita sombong, garang, asal orang tak cakap kita ni murah sangatttt...

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)