Thursday, July 12, 2012

Cikgu Tuisyen Free...?

Gila rasa sedih melihat apa yang diharap sepanjang cuti menjadi lain...
Aku plan ari tu nak siapkan manuskrip novel cintan cintun last-last aku jadik cikgu tuisyen tak berbayar kat adik-adik.
mau taknya. tiga-tiga ada exam besar oh hoi!
dan-dan jugaklah aku dengar result sorang-sorang macam hampeh. serius semua pemalas belajar.







time aku dulu, ngadap study sorang-sorang. nak tanya mak, mak tak reti nak-nak yang omputih punya. tanya ayah, style dia jawab math lain macam. ada ke pulak simbol darab tu kat belah kanan. tak bernafsu aku nak belajar. kahkah!







maka atas dasar inisiatif seorang kakak yang bertanggungjawab dan rayuan emak, aku terpaksa pegang bulu ayam dengan suara memekik tiap-tiap malam. cipan lah haih! kang ada yang terperanjat beruk cakap anak dara si Hamdan tu macam perempuan gila. sape lah yang malang kena kahwin ngan dia tuh...
*terus rasa nak sembahyang mintak Uncle D tetap hati*
hahaha







Aku tak tau lah apa jadik ngan cuti aku ni. Harap-harap aku leh penuhi misi untuk habiskan gak manuskrip yang tertangguh itu *lutut menggigil nak menaip*
dah lah tu. sebab kedekut tak nak usik saving, aku kena carik alternatif lain untuk menambahkan duit poket. konon nak modalkan sikit buat bisnes jual shawl tudung kat bazar. last-last, pakcik yang bisnes karipap tanya mak aku siapa yang boleh tolong jaga gerai dia. so, aku decide untuk duduk menepek kat bazar tu. bukan lama pun. setakat 2-3 jam jer. ada gak duit belanja last sem kat UTM oh hoi. lagipun, aku bukan sorang-sorang. ada ayin dengan nanim. tiga-tiga jenis nak carik duit. kahkah.






korang jangan rendah ngan bisnes bazar ni. boleh kaya weh kalau bisnes time Ramadhan.
Aku cakap ngan mak aku, boleh tak nak jual spageti ke, mihun sup ke kat bazar..?





tau apa dia cakap???







......> "KAU TAU BERAPA RAMAI YANG JUAL-JUAL MAKAN? KAU RASA ADA ORANG NAK BELI SPAGETI KO? INGAT TEKAK ORANG SAMA NGAN TEKAK KO?"







Mati nafsu agresif aku nak berniaga. langsung tak bagi support.
ceh.

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)