Wednesday, June 27, 2012

Tips Kahwin # 3 dan #4

Assalamualaikum dan hai semua.
Tips seterusnya,TIPS #3




KUAT dan PANDAI BERCAKAP.



- Mesti korang, eh eh. apa ke hal kau nak masuk bab-bab KUAT kalau kahwin kan? ni bukan part yang lucah lah weh.sekeh gak kang. maksud aku, sape yang nak kahwin ni, kena ada kaki kuat. kena banyak berjalan merayau dari satu kedai ke kedai untuk pilih dan cari barang hantaran/pakej perkahwinan yang murah dan bagus. Ingat senang ke? Paling bongoks pun, korang akan merintih di malam hari sambil menyapu minyak Cap Kapak kat kaki. kehkeh.





aku bagi contoh macam aku. walaupun belum ada calon lagi masa tuh, tapi aku dah BIJAK BERCAKAP dengan memanipulasikan persahabatan. masa ex-housemate, Kak Linda tuh kahwin, aku dah sibuk tanya siapa photographer dia. sebab gambar kahwin dia serius cantik. tanya jugak berapa dia bayar, apa yang dapat selain CD, album. Dan jangan lupa ambik no fon photographer tu.



Maka, dengan bangganya aku bagitau, aku dah dapat photographer untuk kahwin nanti*wink* Of coz kena bayar deposit dan book tarikh. Kalau tak, orang lain ambik lak. Mula-mula aku mintak dengan harga macam Kak Linda around RM 500 tapi dia cakap, better ambik pakej macam adik Kak Linda pulak. Lebih banyak gambar, CD semua bla bla bla and yang aku suka, 1 gambar besar gedabak. dia akan pilih pic kahwin yang paling cun. wahaha. Dia caj tak sampai RM 1000 pun. kira okeylah. yang penting, gambar cantik nak- nak lagi muka aku yang besar ni boleh nampak kecik dan jendul Uncle D tak boleh nak pantulkan spotlight besar. kahkahkah!!*mampuih kena belasah kang*




TIPS #4

TIPS MEMILIH KASUT SESUAI UNTUK BERSANDING/PENGANTIN


Pergh. tak tahan. ingat diri pereka kasut kah? artis kah mau bagi tips pilih kasut sesuai bagai? Eh eh. Sebelum aku bebel kat sini, aku dah penat meng"google" kan diri tau. sampai dah naik kecut urat-urat mata.




1) Ketinggian Kasut

Kau tak pernah pakai yang jenis high heels, jangan gegatal lak nak try nak-nak sampai 4, 5 inci. Kang ada orang tengok kau macam badut. tak pun, terkepot-kepot pegang laki. Pastu, pikir gak adakah kasut korang bakal membuatkan suami korang nampak rendah dari korang. penting ni. naya je orang ingat kau dapat laki pendek. haru tau. tapi kalau dah pasangan lagi rendah, tu dikira MURAH REZEKI. Chomel je orang tengok. hehe.
Aku paling kurang pun boleh pakai 3 inci. tak pun 3 1/2 inci. kalau lebih, konfem jatuh terpele'ot. tapi takpe. hasben ada kannn. suruh dia pegang pinggang kuat-kuat *ahakz*








2) Warna Kasut

Tema aku nanti adalah maroon + gold. Baju sanding kaler maroon. so, kasut pun mesti warna yang seakan sama or more darker. kalau cerah, nanti guest asik nak pandang kasut. muka aku yang gorjes tak ditatap sepenuh hati. SEDIH MAK NYAH.







3) Style Kasut

Yang ni ikut korang. Aku nak cakap pun, aku tau berapa kerat je jenis kasut. Kau cakap style yang up-to-date, entah-entah aku menganga. haha.




jenis tali. tapi aku tak minat. renyah dan leceh.








ni pun ok gak. design gini boleh masuk list.










aku rasa, kasut kahwin mesti macam ni. nampak VOGUE.











satu aku nak pesan. kalau korang kahwin pakai baju songket macam aku, kasut macam ni tak sesuai okeh. kena carik kasut yang plain-plain gitu.












err.. ni sebijik macam kasut hantaran aku. tapi kaler putih. dan-dan gak belah laki pilih baju sanding kaler putih *good job DILA*. jimattttt duit aku dari nak beli kasut lain. kahkah.





okey. tu je tips kali ni. nak gi mandi, masuk lab, keluarkan sampel yang tak tau apa rupanya *cuak dan sakit kepala*



babai.

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)