Tuesday, June 19, 2012

Short Update #3 (rugi sape tak baca)

Haha.Apsal lak rugi?
baguih sangat ka blog hang nie? *supervisor aku orang kedah cakap pekat gila. SAH. semangat orang utara. haha*




dah nama pun short update. memang short lah entri ni.


1# LAB OH LAB



Lab tu nama omputih. versi melayu mithali ialah makmal. Baru tadi masuk, SV dah suruh aku betulkan temperature controller.



ni lah menatang tuh. dia cakap baru beli.
yeah. baru lah sangat sebab last-last aku rasa, aku macam McGyver (betul tak aku eja ni? lantak.haha). puas aku keluarkan wayar, terbalikkan semua, rupa-rupanya fius dia yang tak berapa okey. bila dah betulkan, siap pasang cover, baru aku perasan, body untuk view digit temperature tu terbalik. cipan tak? satu hal pulak kena bukak balik. pasang balik wayar halus yang sungguh lah "senang".





ni dah kira berjaya. maka rasa bangga dengan diri sendiri. terasa nak kalahkan McGyver tuh. bila SV datang, beliau rasa sungguh hairan. mengapa temperature yang di set tidak kesampaian? contoh, set 150, dia jadik 200. APAKAH?
ayat beliau yang kuingat, "Awak repair lah sampai boleh pakai. pastu baru start deposit substrate."
MAK NAK NANGIS DI DADA LAKI MAK auuuwwwwwww






#2 MUKA TAK CANTIK PERANGAI JUGA HODOH



Aku mula-mula tak nak cakap pasal muka sebab allah yang cipta. tapi nak buat macam mana, dah dasar hamba Allah yang tak berapa nak patuh, maka aku cakap jugak. ada beberapa orang lagilah budak master research under prof aku. yang sorang tu ya allah... bapak berlagak. bajet gila. aku rasa nak baling kan silinder berat kat lab aku tu je kat muka dia. biar penyek. tapi aku pikir, apa kejadah aku nak semakkan kepala dengan perangai dia ye tak? yang penting, aku buat-buat tak nampak. masuk, amik barang, jumpa prof, benda penting-penting, dan aku siapkan research aku. abis cerita. otak aku kecik versi comel. orang perangai buruk tak boleh masuk. haha.






#3 KAD KAHWIN


Ehem. ehem. lepas abis exam, terus design kad kahwin weyyy. tak sangka betul weyyy. tak sabar nak balik rumah, nak gi discuss harga semua. tak sabar gak nak tengok baju nikah aku rupa apa. haha. serius rasa gatal pulak nak kahwin. eh tak. bukan aku yang gatal. Uncle D je yang gatal *salahkan tunang sendiri.haha*





#4 ROYALTI vs NOVEL BARU


Yup. insyaallah, royalti untuk tiga novel aku tu akan dapat bulan 7 ni. mintak-mintaklah cukup untuk buat belanja. master ngan kahwin woooii. tu tak masuk lagi hutang sekian-sekian. adeh. dan disebabkan aku cuti 2 bulan sampai raya ni, maka aku akan bertungkus lumus nak siapkan novel baru. harap-haraplah. *hepi ni*
bukan novel untuk teenagers macam yang first tuh. tapi novel cinta. semenjak sakit jiwang aku dah sampai akibat tertengok mamat ala-ala REMY ISHAK aka Abe Song seminggu dua minggu yang lalu, so bunga-bunga cinta datang balik. sebelum tu ada jer bunga. tapi bunga kecik kemetot. muahahaha.

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)