Sunday, June 24, 2012

Sebab Sayang Kannnn....

Aku ni kan. Sejak bertunang lah, dah banyak kali tersentap-sentap ngan Uncle D.
Tapi, tau je lah. Aku yang tersentap, ibarat aku yang pujuk diri sendiri.
dia?
pujuk memang pujuk. Tapi dalam memujuk tu, ada gak buat aku naik angin.
Naik angin tapi versi nak gelak.
korang paham ke? err...
buat-buat je lah paham.





Contoh lah kan.
Aku duduk sorang-sorang kat bilik. dia tau ni.
jenis dia, call je aku tanya buat apa, dah makan, ok tak.
sadis weh.




aku kan jenis mulut pot pet pot pet 24 jam.
ada masa, aku tak nak borak dalam tipon. aku nak menggeletis guna SMS jer.
macam time dia duk usha-usha tahun lepas.
dari pagi main mesej sampailah ke tengah malam.
rindu sungguh zaman di-mengurat. ahakz






aku ada gak cakap camtu kat Uncle D.
Pahammmm tapi macam tak pahammmm.
adeh.
sib baik aku sayang ko setengah mati, kalau tak, ada harapan aku pasang skandal.

NAK KE? .......> confirm kena pelempang sebijik. kehkeh.






tadi aku cakap, dia pujuk tu ada buat aku cam nak marah tapi nak gelak kan?


uncle D : Huu... macam mana nak pujuk awin? dah lah jauhhh... (huu tu konon bunyik budak merengek-rengek)

aku : lah..buatlah something yang surprise..send lagu kat email ke, bagi bunga
ke...(siap bagi cara tuh. gila sengal aku ni)

uncle D : alah. nak rekod tak reti (dia pandai main gitar n nyanyi. suara boleh tahan. sesuai lah nyanyi lagu Azwin. eh Azura nyanyian Jamal Abdillah). nak bagi bunga, tak tau kedai bunga kat mana. bagi bunga RAYA boleh? nampak semangat patriotik sikit...

aku : ????



memang aku gelak. but at the same time, apakah dia menyindir aku gara-gara aku join Puteri UMNO? adakah beliau buat begitu?




haiii.
memang nampak sangat aku terima dia seadanya dia.
memang betul lah aku cintakan anak Aunt Jah ngan Encik Mus ni.
perghh. tak sangka cintaku sehebat ni.
perghh. perghhh. perghhhhhh....




moral : apakah nasibku selepas kahwin? jangan lah jadik macam Datin Nor (nama glamour mak aku nih) pas kahwin. siap tampal kat dinding nota-nota Romantis dalam Rumah Tangga. nak perli Aji Hamdan...





p/s: pasni aku tak nak lagi lah link entri kat fb. dah naik semak aku punya fb tuh. dah lah dah membosankan. bertambah lagi. huahuahua

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)