Friday, June 22, 2012

Pertama Kali....

1. PERTAMA KALI naik pentas


Aiseh. Tak ingat lah. Umur berapa ek? Tapi gerenti masa sekolah rendah. Aku kira muka kiut-kiut(cute) gak masa kecik dulu. Bukan nak puji, tapi betul apa. Gigi depan dua batang saiz kapak tu takde. versi rongak. Cute la kan?


Aku tak ingat tapi memang pernah naik pentas ni. sama ada amik hadiah or baca sajak. Tu je la aku mampu buat. nak suruh lari laju-laju atas padang sampai johan, mau bergendut perut time tu. wahaha




2. PERTAMA KALI minat kat orang lelaki

Pergh. Sape yang kenal aku, mesti ingat si pagi yang gelap ni. SALAH. first time aku syok kat orang lelaki masa aku darjah 4. budak laki tu darjah 5. muehehe. time tu dialah yang paling ensem, paling cute, paling sweet. haha. gara-gara anjing kitorang bercakap. yelah. duk umah dekat-dekat, satu sekolah lagi. bila ingat balik, malu plak rasanya. malu yang boleh kena sawan babi. hahaha


Ok. The latest news dia sudah kahwin tatkala aku berumur 24 tahun. Bestfren aku gak cakap. Ko saja je kan nak bagi aku drama-drama konon cinta tak kesampaian??? wahaha





3. PERTAMA KALI cium mulut


Dengan mak aku. dialah orang yang first kiss yang patutnya aku bagi kat laki aku nanti. masa tu aku nak berlaga-laga pipi. yelah. aku adik beradik jenis yang kalau nak jalan jauh, mesti peluk cium semua tu. entah macam mana, masa aku nak laga-laga tu, boleh pulak terkena mulut. dah comolot ngan mak sendiri. hahaha.


tapi feeling comolot ni sama je ke kalau ngan lelaki?? errrrrr...... *gelak guling*




4. PERTAMA KALI sunyi

Eleh. dah naik malas dah feeling sunyi ni. tapi aku jenis yang tak suka sunyi. aku tak suka terlampau sunyi. eh jap jap. skang ni sunyi camne yang korang nak tau? sunyi perasaan or sunyi suasana?


aku dah konfius dah.
sebab dah konfius, aku tak nak jawab soalan ni.





5. PERTAMA KALI dengar perkataan seks

dalam surat khabar la kot. masa duk baca-baca tu kan. aku rasa aku pernah tanya soalan bodoh lah bila aku duduk dengan arwah atuk dulu. masa tu, aku ngan sorang makcik aku tengok TV. pastu, dalam TV tu, ada part yang perempuan nyaris-nyaris diperkosa.


ayat dia adalah camni,
"Dia mahu mencabul kehormatan saya, bapak. tolong saya!!"



soalan budak darjah dua paling bangang.
"Eh, cik. apa makna mencabul kehormatan tu?"


makcik aku teragak-agak nak jawab.



tetiba, arwah atuk aku sound.
"Suka nak tanya bukan-bukan. ada mata tu tengok, mulut tu tutup."



maka, budak perempuan tadi menjadi innocent nak mampus sampai beli majalah REMAJA (beli sebab ada tips-tips cinta.wahaha) pastu bila ada word onani, oral seks pun tak tau apa maknanya. nak tanya mak, takut kena jotos kepala. nak tanya kawan-kawan, diorang cam sama nerd je ngan aku. kahkah.



last-last, dia "ditarbiyahkan" sehingga menjadi sedikit bijak dengan berkat kawan-kawannya satu matriks. mereka yang duduk satu bilik tuuuu. hampeh.

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)