Sunday, June 3, 2012

Longgar, Sibuk dan Rindu. Amacam? Panjang Tak Tajuk Ni?

Kehkeh.
Sengaja nak memanjangkan tajuk. Eh eh. suka hati kita lah.
kita punya blog =p





Aku bukan apa. Tadi bila naik tangga (orang baru balik library kengkonon gigih study nih.haha), aku terasa jeans aku longgar kat peha. bukan lah sebelum ni ketat sangat or apa, just this time terasa lebih banyak kelonggarannya. So aku feeling kurus bebenor lah.





Bila dah longgar, rasa tak selesa pulak. sebab macam kain lebih tu duk bergesel-gesel antara satu sama lain *rasa nak makan penampar kan ayat ni?* Nak beli seluar jeans baru, tengah pokai. kang kalau beli, ada aku tak makan sebulan.tsk tsk. susah betul bila duit tak banyak di tangan. terpaksa menahan hati sambil cakap, "Takpe cantik. dah tak lama dah nak abis master. nanti keja balik kumpul duit macam gunung okay."



SILA BUAT-BUAT TAK NAMPAK WORD cantik TUH. SAJA PERASAN.
dah takde orang nak puji. kena lah puji diri sendiri.
kannn?
kannnnnnnnn?
kannnnnnnnnnnn aku dah perasan balik dah.




Tak kisahlah seluar longgar ke apa. kira okey lah dah kurus. gemuk orang cakap, kurus orang tak cakap pulak. haha. Seluar longgar takpe, jangan spenda yang longgar.wakakaka. ni teori aku lah eh. jangan duk pikir bukan-bukan. walaupun blog aku ni tak ramai reader, tapi ada jer reader gatal yang muncul lak kang. macam NICK016****** tu. Gatal. sekeh kang baru tau!





Sibuk or OH MY ENGLISH nya is busy. Ye lah. Next week aku dah start exam. 2 paper tapi rasa macam nak pitam tiap kali study quantum. Sekarang aku tengah mencekalkan sekeping hati dengan harapan buatlah sehabis baik dan termampu *sambil baca entri blogger lain dengan buku yang terbukak*
habit apa tue?
habit tak guna. kehkeh.






Then, rindu. Haihh. Sebab aku duduk bilik sorang, Ezi takde balik rumah dia, maka aku telah mengalami kerinduan yang amat tinggi kat rumah. Tambah-tambah lagi bila yang bongsu, si Amie cakap, adik manalah yang tak rindu kat kakak dia. cis. Terus rasa nak terbang sambil kayuh basikal balik senawang.




Bila mak aku call, "Baik kau pergi library, study. Jangan nak pikir-pikir rumah ke apa. belajar betul-betul. Dah tak lama dah. Bulan 7 kau dah balik. Pergi belajar, pergi belajar."





Yela mak.
Nak gi belajar lah ni.
Tapi mak jangan terperanjat bila orang balik.
Pinggang anak mak makin kecik tau.
Kat peha pun dah nak hampir peha Nasha Aziz.
kahkahkah.




PANG!!!!



"Tu la ilmu tak lekat kat otak.asik nak buat lawak bodoh. "



Sekian. entri gadis kesunyian. Mahu bergurau, dikata buat lawak bodoh pula.
-_-






tunggu lah Nasha. sikit lagi kalah lah peha mu. wahahahaha






p/s: nampak sangat stress. nak kena puasa dengan mengaji banyak-banyak ni.

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)