Sunday, May 20, 2012

Review Filem Di Bawah Lindungan Kaa'bah








Based on Hamka's novel, filem ni akan buat kau melalak teresak-esak.
Aku tengok online, youtube jer. tu pun lepas duk blogwalking. termasuk sape punya blog entah. dia duk cakap sedih tengok movie ni.





aku pernah baca novel Hamka tapi tajuk dia Tenggelamnya Kapal Van der Wrjick (tak tau lah betul ke tak aku eja. huhu). kalau tak silap, masa tu aku pinjam buku kat library matrik Johor. baca sehelai dua, rasa menarik terus pinjam ngan buku fizik lain. balik bilik, campak buku fizik, capai novel Hamka. tak lama lepas tu, 'banjir air mata'. Hampeh sungguh jiwa sensitif ni. aku tak segan-segan nangis depan roommate lain. nak gelak, gelak lah. memang serius novel Hamka sedih. penuh jiwa, emosi. perghhh *ayat jiwang weh*




kalau nak tengok, korang boleh tengok kat sini :


Di Bawah Lindungan Kaabah Part 1



Sapelah yang tak terharu betapa "sweet"nya percintaan Hamid ngan Zainab. Orang dulu-dulu kalau bercinta, memang leh feeling sungguh. tak payah nak cakap i love you, jeling sikit je, dah menggunung dah dia punya bara cinta. ecewah. haha.



Part bongoks kat dalam ni bila Hamid kena fitnah. sungguh aku rasa tetua (panggilan untuk orang2 tua yang level cam ustaz-ustaz gitu) sangat tak berpikir panjang. ayah Zainab pun macam tak bercakap apa pun. tak setuju, tapi tak suara. macam takde anu pun iya gak. ishhh. sakit hati lah time scene tu.




Di Bawah Lindungan Kaabah Part 2



Yang ni memang asik melalak jer. part mak Hamid meninggal. alolo. sedih lak ai. tapi dalam aku nangis-nangis tu, tetiba jatuh merundum feeling sedih tu. tau kenapa? pasal tengok air hingus Hamid kemain panjang tak reti-reti nak sedut balik or lap =p




Sama gak lah time dia kat Mekah, tunaikan Haji. Sekali angkat tangan nak berdoa, terus nampak bulu ketiak. adeh. MAK GELI NYAH. wakaka




Ending, korang kena tengok sendiri ">_<"
tapi overall, filem ni memang TERBAIK.
Tak macam filem 7 Petala Cinta. Nasib baik aku tengok online jer. kalau wayang, sah-sah rasa tak berbaloi duit. Skrip longgar, pelakon cam hampeh. last-last, aku terus tengok 2-3 minit terakhir jer. sebab mata aku berair mengantuk. dialog dia yang buat aku nak muntah : assalamualaikum cinta, waalakumussalam rindu. GELI LAH AIHH.




Malaysia kalau nak buat filem Islamik, sungguh-sungguh lah sikit. kalau tanya aku, produce lah filem based on Keris Mas punya cerpen. kembang-kembang kan sikit cerita dia. tulisan Keris Mas bukan setakat berjiwa cinta laki perempuan jer, tapi patriotik lagi =)

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)