Tuesday, May 22, 2012

Mendidik. Didikan. Dididik.

Al kisahnya, Pak Long call aku 2,3 hari lepas. mula-mula tanya khabar, ngumpat sikit, pastu terus cakap hal yang sebenar. maknanya, dia call aku sebab ada benda yang dia nak tanya.



Cerita dia, adik bongsu aku yang menjadi kesayangan semua, mengada-ngada mintak dibelikan PS 2.



Pak Long : Dak Ami nak PS 2, PS apa ntah namanya. Apa ke benda tu nak?
Aku : Owhhhh. Play station tu pak long. sekarang dah ada PS 3, PS 4. Entah-entah dah ada sampai 10 agaknya. hahaha*gelak cover tak tau betul ke tak yang dicakapnya tu*





Bila Pak Long tanya aku, patut tak dia belikan, aku terus naik angin. eh tak. naik hantu terus lah. Bukan mak ayah aku tak mampu beli sebab adik aku dah lama mintak. Tinggal lagi mak aku buat tak reti. dia tau anak dia macam mana. kalau dah mengadap main game, alamatnya buku dah "dikuburkan".





Lagipun,adik laki aku yang besar 2 orang tue, selalu je layankan yang kecik ni. siap belanja pergi CC main game. kalau aku,jangan haraplah. cuba kau mintak buku ke, aku sanggup ikat perut,ikat macam-macam sebab nak belikan. ini mintak benda yang aku rasa takde faedahnya.terang-terang aku mengamuk kat Pak Long aku.





Sebenarnya, Pak Long aku ambik adik yang kecik tu jadik anak angkat dia. so, memang dimanjakan sangat-sangat. aku pulak jenis tak suka orang manjakan melampau. boleh manja, tapi jangan terlampau sangat. Sebab adik aku lelaki. kalau manja sangat, aku takut dia tak tau apa pun bila besar. sebab dah biasa mintak, semua dapat.





Panjang lah jugak aku ceramah kat Pak Long. Kita sayang orang mesti ada limit. Kalau sayang, mesti tau macam mana nak sayang yang mendatangkan kebaikan. Bukan sayang semberono. takut nak kecikkan hati anak, sampai anak pijak kepala nanti.




Owhh. Aku pantang. PANTANG bab-bab memanjakan anak melampau sangat. Mengikutkan kehendak anak terlampau-lampau.




Yup.Aku tau aku belum kahwin, belum ada anak *mestilah takde anak sebab belum kahwin, kan?haha* Tapi, aku dah biasa tengok orang. Dah biasa menguruskan adik-adik, hal keluarga. Jadik, aku tau, mana yang boleh diikut untuk aku gunapakai bila dah jadi mak nanti(Insyaaallah.aminnnn >_<)





Okey. Aku perasan banyak benda. Parents sekarang kalau ditengok, jenis yang selalu risau melampau. contoh, anak umur baru 2,3 tahun, dah pandai berjalan, lari. bila jatuh, cepat-cepat angkat. SALAH. Suruh anak bangun, cakap jangan nangis. good girl, good boy. suruh dia datang dekat kita. Bukan tak sayang anak, tapi kita nak dia jadik independent. Bukan macam sesetengah mak ayah, siap marah jalan, pasir sebab anak jatuh kat situ. kehkeh.





Then, ada gak jenis mak yang tak suka tengok anak buat kecah. suka kemaskan apa yang anak buat. maksudnya, nak rumah bersih. SALAH. Masa kau ada anak kecik, biarkan rumah sepah sikit-sikit. biar anak habis main. sebab bila dia main, berkecah bagai, itu tandanya dia tengah nak explore banyak benda.so biarkan. nak anak bijak tau berfikir kan? so biarkan jelah. anak dah tidur, kemas balik. habis cerita.





didik anak perempuan dengan anak lelaki, lain. Ok.aku tak nak cakap orang lain,aku tengok mak aku sendiri didik kitorang macam mana. Aku dari kecik dah "didera" buat kerja rumah. ok. Saja aku guna dera tu supaya nampak buas walhal tak pun. haha. Aku cerita pengalaman aku lah. Dari zaman sekolah rendah, aku yang basuh baju sekolah adik-adik, gosok baju diorang, basuh kasut diorang, siap kapur lagi.kemas rumah, basuh pinggan mangkuk, tak payah cakaplah. adik beradik ramai. bila makan, macam kenduri tau tak. sampai aku pernah menangis sambil basuh pinggan mangkuk. serius rasa macam Cinderella yang tunggu Prince datang. Tapi aku sape nak. berminyak je kulit muka.kahkahkah.





Dulu aku rasa, kenapa mak aku buat macam tu? kenapa aku yang handle semua benda? Aku pun nak gak gi main dengan budak lain, kayuh basikal sambil main mata ngan anak jiran.eceh. Tapi, bila semakin besar, aku rasa bagus cara mak aku. Aku tak kekok nak buat kerja and tau bila datang rumah orang, apa aku nak kena buat.




Ini pun aku nak sentuh gak. Mendidik adab anak bila datang rumah orang. Pesan mak aku, apa saja orang hidang, makan. Jangan lupa ajak tuan rumah. Jangan makan macam pelahap even kat rumah sedara sendiri. Mana tau, sedara ungkit kata makan macam ikan piranha pulak kennnzzz. haha. Pastu, bila dah makan, yang perempuan, sila angkat pinggan dan apa yang patut lalu dibawak ke dapur. Dan, kalau tuan rumah kata, "Ishh. Takpe. Tak payah basuh. Letak jer kat sinki tuh." Please. SILA BASUH GAK. Orang Melayu kita, penuh budi bahasa.Kita sendiri paham. Tu adab. Ni cikgu Awin ajar.teeheee.





Masa aku kecik dulu, mak aku jeling je dah tau dah. Terus angkat bawak ke dapur. Jeling je weh. Paham signal terus. hahaha. Tapi, ada gak yang tak paham. contoh, kawan ayah aku datang rumah satu family. ada anak perempuan,ada anak lelaki. dah siap minum,makan. aku nampak mak dia jeling anak perempuan dia yang sibuk touch up muka. anak kerut-kerut muka tak paham. Last-last, mak dia cubit sambil cakap," Angkat pinggan tu bawak ke dapur." Tapi I is bijak okey.
"Ish. Takpe-takpe. Awin boleh angkat." Segera angkat lah konon. Tau anak dia cakap apa?
"Haa. Dia nak angkat sendiri." Aku gelak. Dalam hati, macam ni ada hati nak mengorat adik aku? Haram jadah aku nak izinkan. hahaha.





Sebab tu aku cakap, didik anak ni bukan senang. tengok orang dulu-dulu didik anak macam mana. yang baik, kita ambik dan guna. Aku dengar kisah mak Uncle D adik beradik yang masa makan, jenis cuit-cuit sorang sikit. katanya, ikan tak dipotong. jadik, dia adik beradik makan jenis bercekut. sorang ambik sikit, sorang ambik sikit. dari situ, aku tau kenapa diorang rapat adik beradik. puncanya dari cara makan. kalau makan berkongsi, memang kasih sayang tu lain macam. mesra, hubungan tu baik. Aku puji cara atuk nenek Uncle D didik anak. Cara makan pun dah boleh terap kasih sayang. Boleh applied gak nih! kehkeh.






Eh eh. rasa macam dah terpesong jauh dah entri. patah balik. Sebabkan aku dah berceramah panjang kat Pak Long aku, esoknya bila mak aku call, aku ceramah mak aku pulak. kahkah. dua-dua naik angin sebab Pak Long aku yang terlampau memanjakan adik aku. Mak aku, dah tentu lah satu pendapat dengan aku. bestpren forever katakan.haha. Conclusion, Pak Long aku tak jadik beli sebab dia salah orang untuk tanya pendapat T_T.








Alolololo. rindu pulak dah kat hero-hero ni -_-







Sekian, entri kasih sayang dari perempuan yang bakal berkahwin tak lama lagi, nak anak ramai tapi takut ekonomi tak semantap anak. wahahahaha* ketawa sambil tampar pipi laju-laju*

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)