Friday, May 11, 2012

Kisah CSI Jepun

Mak aih. lama gila tak update blog.
bukan tak teringat, tapi takde masa nak taip.
and aku pun takde apa nak cerita melainkan ke"busy"an melampau sampai pemalas nak bercakap dengan orang. hihihi



Yup.
aku versi pelik sikit.
kalau aku rasa aku penat dengan semua ni (assigment lah, test lah, proposal la, macam-macam daaa), automatik aku akan "jengkel" dengan semua orang.
tetiba benda kecik yang orang buat, akan menyebabkan aku rasa macam...ermmm...macam mana nak explain ek.
lebih kurang gini lah.
rasa berbulu tau?
ni bukan bulu kat mulut (misai)...
ni rasa menyampahhhh je kat dalam hati.
hangin je rasa....
*perempuan emo*





so, supaya aku tak gila sangat, aku akan lepaskan stress aku dengan tengok cerita.
tu yang sampai aku download macam-macam movie tu.
sampai naik penuh folder movie. haha.
aku suka cerita lawak yang boleh buat aku gelak besar, hentak-hentak meja *ganaih*
and paling best kalau stress ialah menonton cerita sedih gila-gila punya sedih.
ha'ah. aku la tu yang duk bangun kul 5 pagi, gigih download movie and drama yang buat aku melalak sampai hidung merah.
bukan apa. sometimes, kita rasa macam nak nangis tapi puncanya kecik je. stress study.
so, gunakan alasan movie sedih untuk menangis atas sebab kecik ni. hihihi *cover line babeh*



Drama/Movie Jepun Terbaik Punya!!!




1) Swing Girls

Ueno Juri. Heroin cerita Nodame Cantabile versi drama. Perggghh. Movie ni buat aku angguk-angguk layan jazz band. Serius kelakar + sebak dengan kesungguhan budak-budak sekolah. aku memang suka cerita pasal budak sekolah ni. sebab kita kurang cikgu yang suka bagi semangat and explore bakat student. rata-rata suka cincai. alah, asal ada. aku tak cakap semua. aku cakap kurang. kang ada lak yang persoalkan.*tunang aku lettewww* kehkeh. owh. movie ni memang best ah. WAJIB tengok. Samsul Yusof dengan Ahmad Idham patut buat cerita macam ni. bukan asik rempit ngan gangster cabuk ayam jer...Jemu weh=p





2) Seigi No Mikita

Ni kisah drama 2 beradik perempuan. kakak dia jenis evil gila. asik buli adik. serius kalau kau tengok cerita ni, rasa nak baling penyapu je kat akak dia. tapi, akak dia is perempuan yang terlampau berterus terang and cara dia berterus terang sangat menakutkan. susah nak terima, tapi itu kenyataan. masa aku tengok cerita ni, terasa gak nak buat cam ni kat adik aku. tapi, pikir-pikir balik, aku jenis tak sampai hati eh. nak-nak bila adik aku,ayin, cakap kat dalam kelas masa cikgu tanya dia, aku ni idola dia. wahahaha.
rasa macam HEBAT ah =)
p/s: skill mengorat laki pun ada dalam drama ni...teeheee



3) Mei Chan No Shitsuji

Ni drama.kisah butler. semua anak orang kaya yang ada butler lelaki. memang syok tengok. mana taknya. suma pakat letak pelakon hensem-hensem sampai aku berangan nak gak ada butler. kalau dapat hasben layan cam butler 1 hari pun okey. rasa dimanjakan gila weh. hikhik *gelak gatal* pelakon dia nana eikura. nanti aku cerita lagi pasal heroin ni. drama ni, kalau kau nak berangan,gelak-gelak,boleh layan lah.




4)I Give My First Love To You

Ni antara cerita yang buat aku melalak sampai hingus tak berhenti-henti keluar. hampeh tul. Kisah budak laki yang sakit dari kecik. masalah hati kalau tak silap. anak doktor tu suka kat budak laki ni. kecik-kecik dah pandai bercinta and bercium. chomel gila masa part budak perempuan tu nangis sebab dapat tau budak laki ni akan mati,budak laki ni kiss dia kasik diam. kehkeh.tengok drama memang la aku gelak. kalau real punya, memang aku sekeh=p. ending? yup, hero mati jua. maka adalah perempuan yang emo melalak macam nak gila konon boypren dia yang mati. hahaha



5) Atashinci No Danshi

Owhhh. mula-mula aku ingat ni cerita pasal kartun atashinci tu tapi versi drama. malas la nak tengok kalau kartun yang mak dia mulut lebar gila tuh. haha. rupanya cerita pasal budak perempuan yang hidup merempat kena kahwin dengan lelaki tua yang akan mati sebulan lagi. lepas hasben dia mati, dia kena buat tugas EMAK pada 6 anak lelaki tadi. serius lawak. ada yang takut dengan perempuan lah, tak keluar bilik setahun lah. macam-macam. Tapi memang best. lawak tahap gaban. aku gelak terbahak-bahak.kalau mak mentua tengok confirm reject dah. hehe



6) April Bride

Ni movie based on true story. pasal perempuan yang ada breast cancer. tapi lelaki ni tetap nak kahwin dengan dia. sedey tau. diorang kahwin masa perempuan tu dah buang dah aset dia. serius aku sedih sangat-sangat. mana nak carik lelaki yang terima kau kerana hati kau? nak-nak aset wanita dah takde. huuuuu....memang aku menangis tak ingat dunia lah. owh. nana eikura yang berlako. memang BEST movie ni. sekali lagi aku nak suruh Samsul Yusof dengan Ahmad Idham buat cerita macam ni =p



7) Strawberry Night

Yang ni aku tak download. sebab takde lak kat youtube. ada link kat satu website ni, tapi tak bagi bukak lak. cis. so terpaksa gigihkan diri, bangun kul 5 pagi, tengok drama ni. dapat 2-3 episod 1 hari pun jadiklah. haha. ni pasal penyiasatan lah. polis Jepun. perempuan ni pernah kena tikam, pastu raped dengan orang tak dikenali. then dia jadik polis. hebat gila buat deduction. aku tersangatlah suka dengan sarjan kat dalam drama ni. caring gila. dah lah hensem. kuikuikui.




8) Mr Brain

Lepas habis tengok Strawberry Night, aku jadik addict lak layan citer ala-ala CSI ni. tapi nak versi Jepun lah. Yang ni tak berapa nak syok cam Strawberry Night tapi aku suka trick yang orang jahat guna. Cam biasa. Malaysia patut buat cerita macam ni. Janganlah buat cerita asal saintis, profesor, rambut afro. peh-lis okeyyy =p





Ada lagi yang aku tengok tapi malas nak taip lak. owh. korang leh tengok drama ni kat dramacrazy or mysoju. nak download, gi je youtube. bersepah diaorang upload. sampai rasa nak buntang bijik mata duk mendownload.haha.




and yes, aku nak bagitau. jangan terlampau obses tengok drama ala-ala CSI tu. kalau tengok, make sure mesti abis 1 episod. jangan sangkut-sangkut. kang jadik cam aku. gi kelas, tapi dalam kepala terpikir...sapelah yang bunuh? sapelah yang jahat? aishhh.




p/s: nak gi mandi. dari tadi duk bertowel pink *towel baru beli* muahahaha. ni pun salah satu cara hilangkan stress =)

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)