Friday, May 18, 2012

Beza Selepas Bertunang: Ramai Yang Mengurat

Minggu depan, genaplah 4 bulan aku menjadi tunangan pada Uncle D *geli plak guna word tunangan tuh*haha
before this, aku pernah tulis pasal beza selepas tunang: hati tisu kan?
betul-betul dalam 2, 3 minggu pas tunang. asiklah nak sensitif. kejap-kejap nak tersentap ngan Uncle D sampai aku pulak yang rasa rimas ngan diri sendiri.




so, sekarang aku nak bagitau apa lagi perbezaan selepas bertunang.
yeah. berbanggalah pada gadis-gadis yang bakal bertunang nanti.
inilah antara perkara yang bakal anda alami.
*goyang punggung besar*
RAMAI YANG MENGURAT =)




Yup.
tulah yang aku rasa.
sebelum nak tunang, haram jadah orang nak pandang.
bunyi siul-siul cam tikus cencorot tu pun slow.
ada tapi tak kuat.
ada yang ngurat tapi tak berani nak tunjuk.
gitu-gitu jer.





tapi, lepas tunang, depa lebih berani.
bukan setakat main mata, main mulut lagi.
"Hai dik... nak gi mana?"
Bila toleh, hek eleh.
hensem lagi tunang aku.
wakaka





ok. tu contoh lah.




bila cerita dengan mokteh aku, dia cakap,
"biasalah. time tunang ni lah, tiba-tiba je ramai nak cucuk jarum. dugaan tu, win."
aku angguk.
owh. dugaan gak...




bila cerita dengan Uncle D, dia cool je.
tapi sempat cakap,
"Tulah. pas tunang ni, muka jadik berseri-seri."




part berseri tu aku setuju.
sebab bukan Uncle D je yang cakap macam tu.
Kak Mashita pun cakap gak. twin dia pun cakap benda yang sama.
kalau dah lebih sorang yang cakap aku berseri,
maknanya betul lah tu.
wahaha




ok. sambung balik pasal dimengurat selepas tunang ni.
aku ada insiden yang paling kelakar lah aku rasa.
pada aku kelakar, kalau korang aku tak tau lah =p





masa tu aku gi library. kan aku busy gila duk buat proposal.
aku pergi hari Sabtu.
library aras 2.
tengah aku belek-belek tesis, ada 3 budak laki lalu.
sebab bunyi kasut diorang kuat, so aku pun toleh.
wahhh... budak laki yang kat belakang tu siap senyum meleret sambil bagi penangan mata. ingat hensem ke?
err...tak hensem tapi cute gak ah *gatai.haha*





Nasib baik budak-budak tu tak guna taktik ngurat cam ni. aku takut aku tak tahan lalu terBELASAH mereka lalu mayat mereka dijumpai dalam keadaan terkangkang di dalam longkang. kehkeh.






tapi aku tak bagi reaksi apa pun.
aku kan sombong.
wahaha.
terus buat kerja cam biasa.
tak lama lepas tu, diorang duduk kat komputer.
walhal komputer tu bukan leh pakai pun.
aku tau sebab sebelum tu aku dah try. wakaka







lama gak lah budak-budak tu duk kat situ sambil berdehem-dehem.
aku tau tu signal orang laki duk panggil-panggil kita.
eleh. kiteww adeww nameww tawwww..
sebab rasa kasihan, tak nak bagi harapan palsu,
malah aku juga mahu concentrate pada tesis yang dibaca,
maka aku tunjukkkan cincin di jari manisku.
buat-buat lah pegang pen sambil mengetuk jari di meja.
eceh.




tak sampai 10 saat, aku dengar yang sorang tu cakap,
"lah. dah ada yang punya lah. jom blah."





kesian kan.
apa nak buat?
I da terbertunang awal plak.
Why u lambat sangat mengurat?



ayat perenggan di atas adalah rekaan semata-mata. harap maklum.





aku rasa, kalau aku tak bertunang pun,
aku tak minat dengan budak2 tu.
sebab diorang lagi muda dari aku.
budak degree tu weh.
2,3 taon mudanya.
TAK KUASA AKU NYAH





YA.
itulah pengalaman yang aku dengan bangga duk citer kat Uncle D.
serius rasa lawak.
aku memang semua benda cerita kat dia. takde nak sorok-sorok.
aku sorok kalau aku merajuk jer.wahaha.





Err.
aku lupa.
Uncle D tanya,
kenapa aku sorang je yang dapar rasa dingurat?
apsal dia takde?
and muka dia tak berseri ke?
aku gelak jer.






lepas ni aku nak jawab macam ni lah kat dia.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






"Biasakan berwudhu bang. BERSERI memanjang."
*betulkan selendang dengan muka ayu*
wahaha

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)