Thursday, May 17, 2012

9 Ciri Lelaki Pikat Hati Wanita =)

ececeh.
tiba-tiba post entri gini,kan? cam buang tebiat jer. haha.
puncanya semalam lah. aku borak dengan Uncle D.
bagitau yang aku ada pergi tengok drama Seindah Sakura.
Lepas je sembahyang Maghrib, terus berlari masuk bilik TV.
Owh. Abang Payin (Fahrin Ahmad) berlakon dengan si Fasha.
Jadik cikgu lak tu. ehem *I loike*
So aku cakap dengan Uncle D,
"kalauuuuu lah Fahrin tu jadik cikgu awin, confirm, RAJIN gila pergi sekolah."




Wah.
dia pun tak nak kalah ngan aku.
siap balas balik.
"Owh. Kalau Fasha jadik anak murid ***(nama panggilan di rahsiakan. wakaka), *** pun rajin nak ngajar."
Memang lah rajin ye dak? Rajin kat bijik mata ngan mulut sebab confirm Fasha pakai seksi. mata rajin nak dibuntangkan, mulut lak rajin cakap WOW. WOW.WOW
=p




Ok.
tutup lah cerita pasal drama tu.
entah macam mana termasuk pulak topik badan.
dah aku cakap body Fahrin lawa. muahahaha.
pastu Uncle D cakap,
perempuan suka body yang tough ni =)
pada aku, tak jugakkk.
banyak lagi ciri2 dan kriteria2 lain *amik kau ayat bombastik*






9 Ciri Lelaki Pikat Hati Wanita



1) Berkeyakinan Tinggi

Tak guna okey muka hensem, tapi tak confident. nak cakap ngan perempuan pun tergagap-gagap macam tersekat tulang ikan kat celah kerongkong. keyakinan diri is "raja" pada semua kejayaan. ecewah.










2) Bercita-cita Tinggi


Yeah. Ini mesti ada pada lelaki. Maksudnya, walaupun kau kerja posmen, hari-hari hantar surat tak semestinya kau kena jadik posmen pada takuk yang sama. faham tak? kena improvekan diri. sentiasa bagi komitmen, disiplin sepenuhnya pada kerja. perempuan suka tau lelaki camni.
tapi jangan lah over sampai takde masa nak jumpa or borak.
and then, lelaki yang boleh menaikkan saham diri adalah lelaki berkerjaya tapi bijak mencari duit lebih. ya, jujur menampakkan korang sangat bertanggungjawab dan fikir masa depan.









3) Miliki Unsur Humor


Ini kalau takde pada setiap orang, aku rasa baiklah duk kat hutan. nak bergurau tak boleh, nak cuit sikit tak boleh. fuhh. and janganlah nak buat lawak tak kena tempat lak. kadang-kadang, ada orang, dia suka buat lawak dengan malukan orang lain. pada dia, kelakar. cuba kena kat batang hidung sendiri, mau berjeman tarik hidung.hihi.






4) Bijak



Bijak kat sini bukan diukur pada akademik. Ada orang, belajar sampai degree,master, PhD tapi kureng (nak cakap bodoh kang melampau sangat.haha) dari segi ilmu kehidupan. Aku cakap berdasarkan pengalaman. Ya, pengalaman berjumpa dengan pelbagai jenis orang. ada tu belajar sampai master, tapi jenis anggap perempuan alas kaki. tau alas kaki? haa.yang kena ikut cakap dia, yang kena buat itu ini.
pada aku, lelaki bijak is lelaki yang tau berfikir dan tak terburu-buru buat keputusan. dia tau macam mana nak handle tiap2 situasi.






5) Peramah dan Suka Bergaul

Lelaki mesti pandai bergaul bukan dengan perempuan or cewek2 kesayangan je, tapi merangkumi semuanya. family dia, kawan-kawan dia. Bonus okey kalau korang pandai bawak diri =)







6) Kemahiran Komunikasi


Aku rasa komunikasi penting. tak kiralah dalam hubungan bf-gf or laki bini. Asalkan jangan terlampau pendiam atau terlampau becok, sudah lah. kang sakit kepala lak kang.
yelah, kalau kau je yang bercakap, yang lelaki jenis pendiam payah nak bersuara, sah-sah lah rasa bosan. and lagi satu, jangan jadik lelaki yang kalau nak bercakap, suara macam tak keluar. aku ada jumpa okey. sampai aku angguk je kalau dia bercakap. ikutkan hati nak tanya je,"kau lelaki ke pondan? pondan pun suara boleh dengar tau!"
ya. sampai begitu sekali.






7) Bersikap Positif


Maknanya jangan jadik lelaki yang pentingkan diri sendiri, suka menyindir, mulut cabul kalahkan Joyah. Lebihkan pada sikap-sikap yang boleh buat orang sayang *ouch*





8) Rupa Paras

Walaupun masa sekolah dulu, kau lah orang yang paling tak berapa hensem. kawan lain dapat awek 5,6 orang. kau pulak jenis nak dapat 1 pun payah. selalu rasa diri tak hensem sebab muka penuh jerawat batu, gigi sompek, rambut kerinting. come on lah. sekarang teknologi dah maju. muka banyak jerawat, pergi jumpa doktor. cucuk lah vitamin C ke hape sampai kecut. gigi sompek, leh betulkan. rambut kerinting, leh rebonding.
yang penting, ciri-ciri lain ada pada kau. perempuan tak kisah sangat dengan rupa paras asalkan sedap mata dia tengok kau, dah lah. melainkan perempuan tu jenis perasan lawa. maka mahu lelaki kacak saja jadik pasangannya.kehkeh.





Kalau pakai ayat Uncle D : wowwww
Kalau ayat aku : eiiii. Awat bulu ketiak panjang sangatttt...wakaka





9) Berdikari


Of courselah perempuan perlukan lelaki sebegini dalam hidup mereka. Lelaki yang tau uruskan hidup mereka, tempat mereka bergantung harap. bukan lelaki yang kejap-kejap kena telefon emak dia *tepuk dahi*. takde duit nak bayar bil api pun telefon emak. arh. confirm parah. sila semak background pasangan anda sedalam-dalamnya T_T





aku taip kat pakcik google, picture of independent man, dia bagi pic camni. sekarang aku konfius, apakah lelaki sebegini saja yang berdikari? haha

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)