Friday, April 13, 2012

Tips Kahwin - 2

Hola *senyum manis*
Tips kahwin ke2 : Senaraikan Perkara Yang Mahu Dibuat.






*siap lekat ngn slotep itam yang tak tahan tuh*




macam aku, yang jenis selalu pelupa ni, memang akan tulis siap-siap. minah planner katakan. kehkeh.
wajib okey untuk prepare apa yang patut. nak-nak kalau sorang sana, sorang sini. dapat lak yang nak kahwin tu, tengah belajar *jenis gatal.kahkah*. lagilah kan. aku siang-siang dah amik borang nikah. konon balik bulan 7. malas nak gi lagi. tau dah siap,leh hantar jer =)






Tips kahwin lagi : Buat persiapan sedikit demi sedikit.


Okey. tu kalau untuk mereka yang berbajet sederhana seperti daku. bukan cam lisa and yusry, cakap nak kahwin, terus tebar duit, setel.hihi.


yup. aku dah beli hantaran dah. setel dah pun. tinggal Uncle D jer. Kasut ngan kemeja. Apa nak buat. baru beli jam tangan mahal, dah termenung dah. hahaha.
aku ni kan pandai. bila Uncle D tanya, aku kena beli barang dia ke? aku cakap dengan pantas,"Ehhhhh...sape cakap? I beli barang I, U beli barang U. Nanti kita tukar jer..." Sebab barang lelaki mahal okeyyyy. Mak bukannye kerja cam dulu nokssss =p



Tapi aku takdelah suruh Uncle D beli semua. beli yang mana main jer. cam kasut, jam, kemeja, perfume. yang lain-lain tu, aku tambahlah pakai duit aku yang tak seberapa tuh. muahahahaha.




dan disebabkan aku balik ari tuh, aku sempat gi survey kad kahwin. before this ada gak gi ngan mak uncle D, Dila. kad simple yang pakai kertas A4 kaler je, dia kira 80 sen. gila ah.


bila cakap dengan mak aku, dia kata okey. sebab kalau 80 sen x 1000 = RM 800. bahagi lah dua ngan uncle D, sorang RM 400. sekali bila adik aku tau, dia cakap mahal. kawan dia buat kira murah jer. so bila balik aku dengan semangat nya pergi survey kat tempat lain. kad yang sama, dia boleh bagi 50 sen. aku rasa okey and cakap kat Uncle D. dia kata, lagi bagus. yang penting, jangan lah nak simple pastu kad cincai.


*muka bengang*


sempat lagi nak bagi pendapat tuh. suh carik kat tempat terpencil dia(tempat takde karen selalu.tsk tsk) kang, baru tau. haha.






aku memang bajet kad 50 sen. sebab aku mampu lagi lah kalau harga tu. hehe. agaknya rezeki kan. kawan ayah punya anak nak kahwin bulan 4 ni, aku tengok kad dia boleh tahan. bila tunjuk kat dila rabu tu, dia kata cantik gak. tapi aku tak sempat nak gi seremban. cuti weh. so bulan 7 je lah aku pergi. kena bawak pelan belah sana terus.





bila tengok kad tu, aku ada idea lah nak buat kad kahwin sendiri. idea da ada, just nak cakap kat orang tu, berapa agakya dia kira ek? hihihi. tolonglah dalam harga 50 sen tu jer. sian kat I nih....




memang lah nak kad simple sebab orang buang gak. tapi biar lah yang senereh(senonoh) sikit mata nak tengok. lagipun, bila aku pikir balik, ayah aku mejar (tapi versi dah bersara lah). abah uncle D guru besar. dia pun cikgu. kang sat lagi ambik kad simple sangat, orang mengata diorang lak. aku takpe lah. sendiri sedar student miskin je ni haa... kuikui.




time balik ari tuh, i is busy sesangat. pilih baju sanding, baju nak pakai bergambar. nasib aku baik sebab jimat kat mak andam. pak long aku kan memang pak andam. nanti dia gak yang mekapkan. awal-awal dah cakap, ambik je baju apa aku nak pakai. miahahaha. so, aku dah pilih dah baju sanding. songket youuu...aku kan suka kahwin ala orang dulu-dulu. memang nak songket gaks =)





then sebab mak pun nak beli kekabu buat bantal, aku pun sempat cari bekas hantaran. bajet RM 120, dapat 92. tu pun aku bagi 9O jer... hahaha. baik gila cina tu. aku cakap aku nak kahwin, kira lah murah sikit, kesian duit mengalir macam air. lajuuuuuu jer*sambil buat muka innocent*. maybe dia yang buat bekas tu, so dia ambik untung sikit. adalah dalam seringgit dua. biasa lima ringgit okey. aku tau sangat harga bekas tu.
kalau korang tanya, bekas camne? jawapannya adalah RAHSIA. teeeheeee.
tema tradisional, of course lah bekas pun tradisional gak. hahaha.




sekarang aku duk kumpul duit sikit*adik bayar hutang tiap bulan* nak beli barang gubah lak. ari tu tunang, aku pakai bunga murah jer. sobs sobs. kali ni pakai lah mahal sikit. ari tu tanya kat kedai hantaran, sekuntum RM 10.90. ternganga lah jugak. apa nak buat. pandai-pandailah aku tawar nanti.
tak sabar nak gubah hantaran lagi ni *sinsing lengan baju*
=)






okey. tu jela kot tips nya. akan menyusul dalam next next next entry. hikhik.

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)