Saturday, April 14, 2012

Terima Kasih Untuk 2 Jam Lebih Itu.

Ini kisah semalam. saja nak cerita ari ni.
aku pernah cakap kan yang aku ni jenis sengal sikit?
dan semalam penyakit sengal tu datang.




ada ke patut aku terlupa bawak kunci masa nak kuar?
ada ke patut? ada ke patut?
*geleng kepala*
maka nya aku telah termenung seketika sambil menggaru kepala yang tak gatal.
nak call sape? fellow? nombor pun takde.
jangan cakap nombor, handset pun tertinggal kat dalam wehhhh




nak pergi ofis, aku malu. dengan seluar pendek, t-shirt lengan pendek, kepala togel tak bertutup. argghhhhh




aku cuma ingat baca ayat 1000 dinar jer. mintak allah tolong aku, tunjukkan jalan or jumpakan aku dengan orang baik.






then ada sorang budak try tolong aku. dia called sorang fellow tapi fellow tu suruh pergi ofis. aku dah pening-pening da. nak nangis ada, nak gelak pun ada. budak tu pergi ofis. siap lari lagi. pastu dengan muka hampa, dia cakap ofis dah tutup. ari ni ari jumaat.




then sebab dia ada hal, nak jumpa kawan, dia terpaksa meninggalkan aku yang dah macam perempuan hilang laki dah. tsk tsk.




so apa perempuan serabut ni buat?
dia naik tangga and try umpil pintu dengan harapan, berjaya.malangnya tak.
seluruh tenaga digunakan untuk tolak pintu sambil pulas tombol.
tak berjaya jugak.
dia ketuk kepala pastu cakap
"awat bodoh sangattttttttt"
-_-




aku jalan satu aras and jumpa satu budak.
aku tanya kot-kot dia tau cara nak bukak pintu kalau pakai kad or dawai.
aku cerita dari awal sampai abis masalah aku yang bongoks ini.
dia pelawa aku masuk bilik and cakap, ofis bukak je, saya pergi ambikkan spare key.




owhhhhhh.
ALLAH mendengar doa aku.
aku rasa nak peluk jer budak tu sambil cakap, awaklah hero saya!
sob sob.




aku duduk bilik dia dari pukul 12 sampai pukul 2.50 weh.
dia buat air teh. nak bagi biskut, biskut takde.
dia ajak aku makan tapi aku segan teramat walhal perut aku buat bunyi lagi depan dia.
haih.
aku try cover dengan sendawa kecik *kahkahkah*
last-last aku admit jelah cakap sori, perut kita bunyik lak.
*muka merah tahan malu sambil mencarut dalam hati*





dia tolong aku pergi ofis and ambikkan kunci.
memang aku berterima kasih sesangat-sangat.
dan pukul 4 lebih lah baru aku menjamah nasi =(





eh.
nama yang tolong aku tu aku tak tau.
tapi dia bahasakan diri dia, Kak Yong.
umur 28. belum kahwin.
ni final sem dia.
nak jadik cikgu dah tak lama lagi.
kalau nak kenal, sila lah.






p/s: aku selalu ingat budi orang pada aku. kalau susah, jangan segan-segan carik kita kak yong =)

2 comments:

  1. comel..comel...baek sgat kakak tu kan....hihihi...

    ReplyDelete
  2. hahahah.tu la psl kak... segan aku weh. perut aku bbunyik depan dia.kahkahkah

    ReplyDelete

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)