Wednesday, April 25, 2012

Di Sebalik Kisah Student UPSI Terjun.

Sedih.
kesian.
sedih sebab membayangkan family dia.
kesian sebab dia muda lagi.






punca terjun adalah kerana mendengar suara lain or bisikan halus.
masa baca, aku pikir, oh. maybe blok tu "keras" kot.
bila dah abis baca, rupanya dari dulu lagi dah diganggu.
serius, aku sangat tersentuh.
al fatihah pada arwah.





aku percaya pada tempat "keras".
kalau nak masuk, even bilik sendiri,selalu lah bagi salam dan baca bismillah.
aku sendiri ada pengalaman macam ni.





ingat lagi masa belajar kat matriks, 1 bilik duduk 4 orang.
kalau tak silap, masa tu musim orang pulun study.
roommate aku semua keluar.
masing-masing duk study dengan geng diorang.
aku kan takde geng. minah lonely. kehkeh.
so study la sorang-sorang.




aku suka tidur dalam gelap sebab senang nak lena.
masalahnya, masa aku dah tak larat nak study, terus gi gosok gigi, tutup lampu, baring.
aku pun baca la doa nak tidur siap surah2 sikit.
baru je aku terawang-awang nak tidur, aku dengar suara lelaki bunyik camni.
"Ahhhhhhh"garau, besar.
then locker aku pun cam buat hal gak.
boleh pulak pintu terbukak.
aku dah cuak.
peluh betina dah keluar da.
pundi kencing pun dah naik senak.
tapi aku cover cun.
bangun sambil baca al fatihah, tutup pintu locker.
terus pasang lampu study roommate aku.
bulu roma dah berdiri tegak.
aku cover dengan selimut sambil baca surah yang aku ingat.ye. surah al-ikhlas jer.=p





esok pagi, aku bangun sambil rasa nak maki roommate lain sebab biarkan aku sorang-sorang.
tapi tak jadik.
sebab bukan salah depa. haha.
tapi aku bagitau farah.
"Aku bukak lampu study kau semalam."
=)






owh.
tu kisah kat matrik.
ni kisah kat UTM lak.
tahun lepas kot.
aku nak tidur pukul 2 pagi.
pergi toilet, lalu dekat dengan tempat sidai baju.
aku nampak rambut panjang menjulur kat tingkap.
macam filem ju-on tuh.
aku pikir positif.
owh. selendang kot.
esok nya time nak sembahyang subuh, aku pergi kat tempat sidai tu.
takde selendang sey.
maka yang aku nampak itu adalah .......???
phew.






eh.
apa motif kau cerita semua ni?
aku nak bagitau.
"benda-benda" ini memang wujud tak kisahlah kau nak istilah kan hantu sekalipun.orang yang tak pernah jumpa, jangan cakap besar.
sebab adik aku contohnya.
malas nak cerita.
nanti dia malu sampai ke tua =p





p/s: proposal aku 50% je baru siap. minggu ni nak berkurung kat library. hal kahwin? simpan dulu. nanti baru pikir. sob sob.

2 comments:

  1. Aku tak pernah dgr suara halus ke hapa, tapi pernah dengar suara ppuan nangis waktu hujan.. Dah lar waktu tue, baru jer ada budak terjun banggunan jgk. huhuhu

    ReplyDelete
  2. @ lizzie yasmin: wahhhhhhh.....sadis tu.huhu

    ReplyDelete

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)