Friday, March 16, 2012

Kisah Basuh Baju dan Budak "Pandai"...

Aku tak suka nak marah-marah. Tapi pagi tadi, ada satu hal yang buat aku marah sampai rasa nak putar pastu lambung tinggi-tinggi satu budak ni. huh. *betulkan tali pinggang hitam taekwando* =p




Pagi ni aku bangun, tengok bakul baju, ada banyak baju nak kena berbasuh. pandang selimut atas katil, rasa nak basuh plak selimut tu. sebab kan aku tak balik senawang masa cuti sem next month *sob sob sedut hingus*,konon nak basuh selimut bagai time balik la. maka, kenalah aku basuh sendiri. nak pakai tangan, tak larat.
takpela. leburkan aje RM2. guna je mesin basuh.




aku turun bawah dalam pukul 9. ada banyak bakul baju. lagi tinggi dari aku punya. haha. takpe. aku gi kedai siswi. tukar duit syiling. tunggu punya tunggu, macam lambat lagi. dalam pukul 10, aku turun lagi. ada budak dah masukkan baju dia dulu. takpe. bukan rezeki aku. aku cam muka budak tu. rambut pendek kusut, kulit putih. muka masam. lagi masam dari aku. at least aku senyum gak bila mata bertentang mata. eceh.






aku tengok time kat mesin tu. lebih kurang 1 jam. takpe. aku mesti turun sebelum pukul 11. so, dalam 10.50, aku turun. berbekal semangat nak basuh semuanya. tiba-tiba aku nampak budak rambut pendek tu dengan baldi. peket sabun dia pun aku nampak gak. dalam hati dah terdetik.

"jangan cakap ko nak basuh baju lagi eh"


tapi aku cool. konon cam tak nampak lah. dari duduk gaya mem besar, aku bangun. tolak bakul baju aku kat tepi mesin tu. TING! ok. budak tu keluarkan baju dia. dan seperti yang aku agak and berkat instinct wanita hebat, budak tu pusing kat aku dengan muka sengih sambil cakap



"nak guna lagi pasni..."



WHAT? Aku rasa nak menjerit kat situ jugak. takde akal ke ape?
aku jeling baldi dia. ada 3,4 helai baju. kenapa dari tadi ko tak masukkan je sekali? tak pun, ko simpan jelah sampai seminggu, pastu basuh. dah kalau malas sangat kan...



sorry lah. there's a limit okey. aku paling pantang orang yang tak pikir orang lain. pikir diri sendiri jer. so, dengan muka kerut garang, nada suara sepesen,
aku cakap




"Abis tu? Boleh bagi saya pakai dulu tak? Dari pukul 8.30 tunggu ni *kelentong*..."



dia balas balik. muka pun dah lain macam. marah ah tu.


"ni 2 mesin ni?"


aku : lama lagi. berpuluh-puluh minit.
dia: pergilah mesin kat sebelah sana..
aku : *kerut dahi sambil bayang nak hempuk budak ni* PENUH lah...
dia : ......




aku buat tak reti. nak tak nak, dia angkat bakul dia sambil pandang aku ngan muka masam siap muncung. aku langsung tak tengok.



seriously, aku hangin. hangin ngan perangai orang camni. selain aku, ada gak yang duk tunggu. tapi last-last, naik bilik. sebab lama sangat.
and masa aku tunggu, ada satu student indon ni. dia nak amik baju dah siap basuh lah. aku pun tanya, "dah abis da?"
dengan muka selamba, dia sengih siap tunjuk 1 lagi baldi. dia punya lah kiranya.
aku rasa nak hantuk kepala laju-laju kat dinding. kau bayar RM2, kau masukkan lah semua baju dalam mesin. yang kau masuk 1 baldi asing-asing, buat apa? nak kata baldi besar, tak jugak. nak kata ada baju seluar luntur kaler, takde plak. adoiyai. sakit kepala aku.





tak tau la akal letak kat mana.....*picit dahi sendiri*
kenapalah korang...kenapalah korang...
kenapalah "pandai" sangat...
owh. sakit ati ku ini.





sekian. sesi luahan hati seorang student yang menjeruk rasa.
=P

2 comments:

  1. sabar dekkkk sabarrrrr...hahahah

    ReplyDelete
  2. ss: hahaha. ak sabar le tu. kalo xsbr, mmg da lambung smpi ke atas bdk tu..haha. ak pndg bdk tu cam jari kelingking da time tu kak...hihi

    ReplyDelete

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)