Tuesday, March 20, 2012

Jangan Mengorat Perempuan Guna Taktik Ini!

sejak dua tiga menjak ni, aku asyik dapat missed call. alah. yang konon nak call tapi jenis nak jimat kredit tu. tengok nombor, tak de plak aku save. kalau kawan, mustahil lah tak de budi bahasa. kawan-kawan aku jenis yang bersopan santun punye *kipas weh kipas*




aku buat bodoh. malas nak layan. ingat nak gak call balik tanya sape. kot lah kenal ke hape. tapi malas. buatnya bangsa yang jenis nak merenyam, kang tak pasal-pasal bersambung jadik panjang. eiiih. tak kuasa mak noksssss.....





bila cakap ngan Uncle D *orang dah takde modal nak cite, hal kecik cemeot pun nak cakap ngan tunang.haha*, dia mintak no tu. aku dah rasa kelakar la plak. sebab aku rasa ni keje budak muda. budak yang akal nya baru nak bercambah. yang bulu ketiak baru nak tumbuh. yang misai sulung baru tunjuk kat muka =p




seriously, kalau orang dewasa yang buat keje sengal camni, memang aku gelak besar lah. tak lain tak bukan nak mengurat tapi tak reti cara. kalau dulu, asal orang duk missed call ni, memang aku terus call. tanya sapa. kalau tak kenal, jangan nak gatal dail no aku *kakak kawasan terus sound. tak main slow talk ni*




aku pantang.
aku pantang lelaki gatal.
alergik tau.
hahaha.




sama lah macam baru-baru ni. aku pun tak ingat bila. tapi pukul 3,4 pagi la. ezi dapat call. tak tau dari sapa. nak cakap dengan sekian-sekian. aku yang tengah sedap tidur pun boleh terbangun. sempat gak terdetik dalam hati, " sape la makhluk allah yang otaknya letak kat buntut tak boleh tunggu siang nak call/ngorat orang?" serius sengal.




so pagi tu tak payah tanya, ezi dah cerita. terus topik pagi tu adalah mengutuk sikap lelaki yang nak ngorat tapi guna cara camni. tolonglah weh.
jadik lelaki jenis gentleman.
nak approach perempuan, datang depan-depan.
bukan main campak kertas tulis no tipon pastu lari sorok muka.
tak pun yang jenis suka buat bunyi cencorot hitam kat longkang busuk tu.
peh-lis *gaya gedik*






Uncle D cakap, missed call= panggilan rindu.
sempat cakap, jangan-jangan budak tu tengah tunggu aku membalas panggilan rindu dia. kahkahkah*ni dia je yang gelak*



tak kelakar ye BANG =p

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)