Friday, February 24, 2012

Siapa Main Ejek-ejek, Jangan Harap Dapat Awek =p

Sebenarnya aku ada kelas ni. tapi lecturer abiskan awal. elok la jugak pasal aku sekali lagi mengalami masalah pendengaran + pemahaman. macam sem lepas.
measured disebut meyed, intelligent lak jadik inteleye.Haha. berkerut-kerut la kening I ni =)




Okey. aku tak nak citer pasal lecturer. tapi nak story pasal kisah masa kecik. on the way nak gi kelas, entah macam mana terkeluar cerita pasal mata ezi. aku cakap yang aku terkejut tengok dia masa jumpa kat matriks dulu. yelah. besar weh mata dia. tu yang aku cam tergamam sikit tu. haha. pastu dia bagitau yang dulu dia selalu kena ejek, mata ikan lolong. aku bantai gelak besar.



bukanlah aku gelak pasal mata dia. tapi aku teringat orang pun ejek aku. alah.masa kecik kan,budak-budak kan memang suka main ejek-ejek. mentang-mentang nama aku azwin,dan kebetulan masa tu pulak ada kelas muzik, nyanyi lagu Anak Itik Tok Wi. entah budak keparat mana entah, tukar lagu tu jadik Anak Itik Tok Win. Cis!




Pastu, asal nampak aku je, nyanyi lagu hampeh tu. aku sampai sekarang menyampah dengar lagu Anak Itik. haha. Yang peliknya, ejek aku dengan lagu tu, then nak 'cucuk jarum'. jangan harap la. mak tak minat noksssss.....hihi




mentang-mentang aku cantik, vogue, pastu ada hati nak ngorat, bisik hatiku berlagak gila. muehehehehe.





p/s : ezi cakap, budak laki kalau ejek budak perempuan, tu tandanya dia berminat.owh..maksudnya dulu, aku ada ramai peminat la =p

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)