Thursday, February 16, 2012

Ingat Senang Ke Nak Kahwin?

Tadi masa kemas rumah, mak duk bising-bising, tanya bila kerusi dia nak sampai. dah siap repair ke belum? Aku nak gelakkan pun ada,kesian pun ada.

Alkisahnya, jiran sebelah rumah buat kenduri kahwin anak dia yang bongsu.Oho,sebaya mak noksss. dah nama pun kenduri, tak grand, tak mewah cam artis tapi alhamdulillah, meriah. aku dah anggap jiran aku yang ni macam mak angkat aku dah. memang sayang. lagipun, dia merangkap bff mak aku. hehe.



disebabkan majlis tu ikut bajet yang anak dia bagi,so jemputannya terhad. biaselah.kita buat majlis ikut bajet. kalau ikut hati, semua orang kita nak panggil datang. ye tak? tapi dah kalau bajetnya tak banyak, setakat 3,4 ratus orang jer, takkan kau nak panggil satu taman gak? tak ke haru nak bagi makan?? *tepuk dahi*



so, ada lah satu jiran ni. bukan dekat lah. duduk kat bawah sana nun. dia datang rumah aku, nak mengumpat jiran aku yang katanya ramai sedih,sebab tak dijemput.at first, dia duduk kat kerusi yang luasnya tak mampu menampung berat badan. lepaslah punggung sejemput. tu pun suku je kot. dia asyik cakap,"sampai ati *** tak jemput kawan-kawan poco." dalam dia cakap camtu dengan suara yang slow gila(takut jiran aku dengarlah tu), ambik kau. allah nak tunjuk.


praaakkkkkk!!!


bunyi kerusi patah. sib baek dia tak jatuh sama.kalau tak, memang 'hangus' lah punggung tu. kena cucuk ngan paku. hihi. yang peliknya, dia nak jugak teruskan sesi mengumpat tu. beralih kerusi lain lak. langsung tak cakap sorry ke ape dekat mak aku. sampai naik angin la kawan tu sebab nak kena betulkan kerusi!


aku pun marah gak. 1st, sebab dia nak mengumpat jiran yang aku anggap macam mak sendiri dah (gaji 1st aku,aku belikan tudung. sama pattern cam mak aku.ambik berkat.hehe). then, aku marah sebab bila kerusi dah patah, tak ke cacat pemandangan? elok-elok meja bulat diapat cantik dengan 2 kerusi, la ni tinggal sebijik jer. haisshh. yang buat aku marah sangat-sangat, kenapa tak mintak maaf? dan kenapa tak stop je dari mengumpat bila kerusi dah patah? *tepuk dahi lagi*


---------------------------------------------------------------------------


ok. stop cerita pasal kerusi. kita masuk balik cerita kahwin-kahwin ni tadi.
aku bengang sebenarnya bila jiran aku bagitau apa yang jadik masa majlis tu (Dia tau pasal jiran yang duk ngumpat dia tuh -_-). aku rasa ada yang tak paham konsep majlis kahwin ni lah. kalau orang jemput, kita datang.kalau orang tak jemput,jangan datang. dan paling penting,jangan sesekali kau persoalkan kenapa tak dijemput. sebab, kenduri ni dibuat ikut bajet tertentu. nak-nak sekarang ni,pakai katering. kira 1 kepala berapa. kalau yang buat katering tu baik, dia lebihkan lah berapa puluh orang. kalau biasa-biasa baik, adalah belas orang. so, kalau kau yang tak dijemput ni datang or pandai-pandai gi jemput orang lain bagi pihak tuan rumah walhal tuan rumah tak cakap apa pun, apa akan jadik? sendiri pikir la.



itu pasal jemput-menjemput. hal lain lak hantaran. suka sangat duk tanya-tanya berapa hantaran anak si polan. kalau orang cakap, kau dengar.kalau orang tak cakap,jangan tanya. sebab masalah orang kita ialah kalau banyak, jadik bualan.kalau kurang pun jadik bualan. duit hantaran ni terpulang ikut kemampuan si lelaki.kalau dia banyak duit, bisnes sampai oversea sana nun, bolehlah kau letak puluh ribu. tapi kalau makan gaji, yang kudratnya hari-hari nak kena kerah, takkan kau bajet nak bagi banyak. kahwin ni untuk elakkan maksiat, benda baik. kalau sampai yang lelaki kerja separuh nyawa,ikat perut sebab kumpul duit, nak buat apa? aku tak tau orang lain.tapi aku tak sampai hati nak buat Uncle D macam tu
*lap air mata pakai selendang*



then, hal souvenir. ni pun jadik isu gak nih. kalau tuan rumah bagi souvenir,ambik. kalau tak bagi, tak payahlah tahap pegi mintak. anggap je lah tuan rumah tak perasan.ni dah lah tuan rumah dah bagi. siap pegi mintak lagi, nak ambik untuk anak-anak kat rumah.kot lah anak tu satu. ni 4,5 orang. haaa...tak ke naya? takkan tuan rumah nak kata tak boleh pulak. dah lah kawan tu sediakan ikut berapa orang yang datang.



gambar hiasan : harga souvenir ni RM2++. Kalau 1000 yang datang, dah RM2000++
*lap peluh*



bila jiran aku mengadu sebab keluar cerita camni, aku dan mak bagitau dia, "biarlah. mulut orang memang tak boleh tutup dan kita pun memang tak boleh nak puaskan hati semua orang. yang penting, majlis dah selesai. si ****** dah selamat kahwin."




lepas tu kitorang masuk rumah masing-masing. perkataan yang terpacul keluar dari mulut aku ialah:

time kita nanti, apa pulak lah cerita yang keluar agaknya.....hmmmm






p/s: dont expect too much from me. aku tengah study, bukan kerja cam dulu. saving aku banyak pakai untuk master. so, majlis kahwin aku takde la tahap grand bagai. tak ade lah banner ada muka aku ngan Uncle D sengih-sengih, or kad kahwin yang ada pic pegang-pegang tangan lentok kepala. tu semua memang takde. yang ada, makan-makan. tu memang confirm punya. hihi.

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)