Saturday, February 4, 2012

Beza Selepas Bertunang : Hati Tisu

A'ah. Tulah dia. Hati tisu.
aku jadik lagi emo, sekejap-sekejap nak sedih.
benda kecik, tapi boleh nangis macam orang mati laki.




seminggu lepas tunang, mood adalah bahagia dan asyiklah mahu bermanja. teeheeee.
2 minggu kemudian adalah proses fotosintesis. ah tak. transformasi. eh tak jugak.
hatiku menjadi hati tisu. hati mudah rabak sedih. sungguh tak bermoral.



aku tak kata Uncle D dah berubah. dia still sama. bezanya, situasi.
aku bagi contohlah. dulu, masa baru kawan. Kitorang SMS pagi petang siang malam. Kat tempat keje pun boleh berSMS ni. dah habis kelas, sambung mesej. semua benda nak citer. dan yang kelakarnya tu, ada aje cerita. kehkeh.



then, decide nak kahwin plak. maka terjadilah percintaan =p
SMS tadi kurang da. yang ada, call. tiap-tiap malam mesti call. and kadang-kadang bila call, boleh cakap berjam-jam.




benda ni sama je even pas tunang. haha. ada masa kitorang borak lama, ada masa borak 10-20 minit. ada masa,SMS yang tak sampai 20 pun. just tanya khabar, makan apa,aktiviti sepanjang hari. sayang -sayang sikit, i luv u, i miss u, pastu TIDUR.muehehe.




yang tak sama adalah hati aku. hati tisu. haha.
bila mesej, Uncle D lambat balas.
hati cakap: apa jelah yag dia buat. busy lah tu. sibuk dengan kelas lah, koperasilah.
*mulut jungkit-jungkit cam Joyah*


so, kena guna akal untuk cover balik apa yang hati cakap.
"Mesti busy,penat.takpe,nanti dia reply lah tu."
time ni,kena feeling jadik Nur Amina dalam Nur Kasih. bezanya, hero dia bukan acuan Remy Ishak.hahaha.



lepas tunang jugak, aku jadik lebih sensitif dengan merasakan diri ini adalah perempuan terbiar.
contohnya, bila kita happy tanya dia or mood nak bergurau datang, dia balas bagitau yang dia tengah layan hobi dia. owh..tetiba jer rasa aura terabai dalam diri walhal sebelum tunang, rasa biasa jer. sangat HAMPEH. rasa nak cabut je hati ni pastu baling jauh kat dalam laut.




dan yang paling dahsyat ialah tutur kata. aku tau Uncle D saje sakat-sakat aku, tapi aku lak ter'emo lebih sampai melalak sedih-sedih.contoh nya ari tu. dia kata, pas kawen, dia kena bayar keta aku ke sambil gelak-gelak sebab aku belum konvo,takde job lagi. tetiba jer air mata aku laju mengalir . then cakap tak payah susah-susah. aku orangnya bukan suka menyusahkan orang. kete aku, harta aku, biar lah aku yang bayar
*kesat air mata sambil sedut hingus dalam-dalam*
pastu siap bukak sejarah cinta aku dengan kete aku tuh. betapa banyak jasa-jasa beliau terhadap aku. haha.
yang paling sadis, esoknye bila aku bagitau adik aku pasal situasi ni, aku menangis lagi.
ceit. tak ke HATI TISU namanya tu?
=p




ni terlebih emo lah ni=)

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)