Tuesday, January 17, 2012

Tak Pasal-Pasal Nama USM 'Naik'!







Haa.. Ni lah bahana post macam-macam kat facebook tu. Kot iya pun kau nak buat lawak,beragaklah. Bab-bab politik jangan buat pasal. Tau-tau je nama dah naik masuk list polis.kuikui.





Dah tau duduk dalam U, duduk jelah diam-diam. belajar je.yang ko sibuk main facebook,pastu post kat wall pasal bom-bom, pasal apa? *geleng kepala*



pening ah budak-budak sekarang. macam-macam perangai.
facebook tu guna untuk untuk borak ngan kawan-kawan dah lah.
ni post bukan-bukan.




kadang-kadang aku pun pelik gak bila bukak facebook aku tuh. entah sape-sape pun aku tak tau. alih-alih ada Indon lak dalam friendlist aku. Kahkah.
kadang-kadang aku bukak sebab tak tau nak bukak apa selain blog. bila da bukak, adalah dalam 3 minit, aku tutup balik.muak baca status.
kalau setakat citer pasal honeymoon, boyfriend, kerja, tu benda biasa lagi pada aku.
ni yang kadang-kadang duk post pic orang besar politik. pastu dengan bangganya, kata begitu begini. Tak kisahlah kau nak 'junjung' politik cabang mana pun tapi tak payahlah duk canang kat fb. kan ko kerja gomen?
dah lah patutnya sokong gomen, tapi ko gatal nak sokong yang lain. pastu duk bagitau semua orang.
aishhhh.
gaji tak naik, bonus tak dapat, ko menyalak!





serius. muak tau. nak tutup akaun, kang lost contact lak ngan kawan.
sudahnya fb aku tu tempat post entri baru blog je.kehkeh.
kekadang je ngadu nasib.
lebihnya 'skodeng' fb Uncle D kot-kot ada menggatai ngan perempuan lain.wahahaha.
pastu, 'emo' sendiri.hihi.
tapi pasni dah tak lah kot.sebab aku dah buat blog lagi satu.khas: HANYA UNTUK BACAANKU SEORANG.Muehehe.
takde dah nak seriau sorang-sorang kalau sakit hati ke hape.ada blog yang macam diari. tulis sampai habis, pastu tutup. Malam boleh tidur lena.
yeehaaa!!

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)