Tuesday, January 31, 2012

Review Drama Gemersik Kalbu + Pelangi Kasih.

Tadi up entri resepi. La ni entri review lak. nampak sangat banyak masa kat umah, kan? wahahaha. Padahal banyak lagi nak kena buat. Hantar printer gi kedai, setelkan roadtax, taip cerita. Sudahnya duk tengok drama sambil posing mengiring dengan skirt kembang. kuikui.



tapi aku bukan saja suka-suka nak up entri pasal drama ni. yelah. dah suka, kenalah cerita. kalau tak suka, lagi lah aku nak cerita-cerita =)




ok,meh kita cakap pasal drama Gemersik Kalbu. Kisah Raihana (Ayu Raudhah) dengan Sufian(Aqasha). Cerita ni based on Anis Ayuni punya novel. Aku pun tak ingat tahun bila tapi zaman aku sekolah menengah kot. Zaman tu, semua duk gila dengan novel cinta Alaf 21. cakap je lah novel mana yang tak pernah baca. semua hero hafal.kalau keluar exam, memang 102% markah. 2 tu sebab tulisan cantik. haha.



ok. back to our topic. aku memang suka lah dengan drama ni even banyak scene tak sama cam dalam novel. mula-mula tu frust jugak sebab Ayu Raudhah lak yang bawak watak Raihana. Rasa cam tak sesuai. Aku pun memang tak minat sangat ngan dia. sebab bila berlakon, riak muka tu sama jer dalam drama sebelum-sebelumnya. Ouhh...Frust mak ni nokssss....




Nasib baik ada Sufian yang dilakonkan Aqasha. excited sikit aku nak tengok. hikhik. Menjadilah watak tu. nakal, romantik, manja.eceh. tergoda seyyy bila orang mengorat beria-ia ni. rasa cam nak masuk TV gantikan si Raihana jer *_*




pasal drama ni lah aku selalu jawab call Uncle D cepat-cepat =). dia pun dah tau dah. haha.alah.kira ok lah jugak. kalau dia kang, langsung tak ingat aku bila main game =p






AKu rasa cerita ni dah nak habis dah kot. Kalau habis, biarlah time aku kat rumah ni. sebab bila dah balik UTM, cam terkejar-kejar je.Dahlah TV tu tak berapa cantik skrinnya. Time tengok bola dulu, habis bola tu cam bergegar-gegar nak masuk gawang. Adeh. sakit mata.




Habis cerita Gemersik Kalbu ni, layan cerita Pelangi Kasih lak. Tapi ni Samarinda. Pasal persahabatan, cinta, bisnes (biasalah Samarinda.Mesti pasal bisnes-bisnes ni. tu yang buat otak aku rasa nak jual nasi lemak bungkus kat sekolah tu. carik duit lebih.wahahaha).




tak sabar dah nak tengok drama ni malam kang.



aku terlepas part diorang kecik.aku tengok dah grad, dapat keja. pastu si Sarah nak bertunang dengan Beto. Sorrylah.Nama watak terlupa seketika. malam nanti baru ingat.hikhik. yang aku hangin masa tengok last week, Beto ni macam buat Nabila 'terasa something'. faham tak? alah. rasa macam orang suka kat kita dengan ayat kias-kias. Beto cakap lah dia rasa Nabila ni buah hati dia, orang yang dia sayang. Tapi dalam diam, nak kahwin dengan Sarah. Tak ke gatal dan mintak dibagi penumbuk namanya tu? This week, kantoilah hal ni. Kalau aku jadik Nabila, memang aku bagi sebijik dua. Satu kat mulut, satu kat ermm...ermmm...Korang paham-paham jelah. Aku memang pantang orang yang tak serius bab-bab perasaan nih. kehkeh.




Tu je lah kot review dua drama setakat ni. Nanti kalau ada scene yang buat aku hangin satu badan or yang aku mengigau konon akulah heroin tu, aku cerita lagi.hahaha.

1 comment:

  1. bunga layan gemersik tu..tapi yang pelangi tu xlayan..hehe..ngntok..

    ReplyDelete

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)