Tuesday, January 31, 2012

Resepi Kari Ayam Dan Terung Goreng Belacan =)

Mak aihh. Tajuk macam chef je kan? haha. ni lah kesan sampingan cuti sem tak sampai sebulan nih. nak kerja, orang tak nak. so duduk rumah jadik bibik tak berbayar.lepas mandi, kemas-kemas rumah, aku terus pergi dapur. kesian. mak aku cam pening tak tau nak masak apa.so aku suggest masak kari ayam.last-last mood nak memasak lak yang datang. terus pakai apron. owhhh....rasa cam seksi jer. haha.
eh.
maksud aku pakai apron kat luar, t-shirt kat dalam. bukan pakai apron sekeping.kalau pakai camtu, ada pak imam lalu tak jadik gi masjid lak kang.wakawakawakawaka



bahan-bahan: bawang putih, bawang bsar, sikit halia(tumbuk). empat sekawan(kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga), cili, serbuk kari,serai.


aku tak tau orang lain masak macam mana tapi mak aku ajar memang pakai cili. biar ada rasa pedas. kalau tak kang, rasa kari jer. huhu.



gaul semua bahan tadi + daun kari.hikhik.lupa lak.



Then, tumis lah semua tu dalam periuk sampai naik bau. bau kari bukan bau ketiak.kuikui. lepas tu, masukkan air dengan ayam.kalau ada kentang, masukkan kentang. sebab kentang dah habis dan jenis pemalas nak pergi kedai, alamatnya curahkan aje ayam dengan air. air tu korang agak-agak setakat tutup jumlah ayam korang tadi.bila dah didih, ayam dah masak, baru korang masukkan santan. ni pun depend nak pekat ke nak cair. pastu masukkan lah asam keping dengan garam. siap da.



aku malas nak amik pic dengan masukkan kuah dalam bekas cantik. akak kawasan busy nak pergi buang sampah lak.so snap jer gitu.kuikui.sebab mak aku dah letakkan tomato kat tepi dapur, aku terus basuh,potong,campak jer.haha.



ni terung goreng belacan, mak aku masak. resepi: sambal belacan dalam peti ais lebih makcik aku datang ari tu, campak dalam kuali,tumis. masukkan air dengan terung sampai masak. senang, kan?
ke ada yang tak tau nak buat sambal belacan macam mane?=p
muehehehe. tunggu jelah aku bagi resepi lain kali.
tu pun kalau rajin *gelak guling*




p/s: akak nak gi makan dah dik nonnn..... lapar.huhu

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)