Sunday, January 15, 2012

Gagal.





Malam tadi menyaksikan aku: seorang perempuan, bajet jiwa kuat; gagal sekali lagi. Boleh catat dalam diari. Tahun 2012, bulan pertama. Aku gagal dalam menyatakan apa yang terbuku dalam hati. Belum 26 tahun, tapi inilah masalah utama aku dari dulu. dari kecik sampai besar. suka pendam sampai jiwa dah tak serupa jiwa.kalau bernanah, nanah sampai pecah sendiri. tunggu nanah baru tumbuh -_-




*mencarut kat diri sendiri. takpe kan?*




memang frust betul bila tak boleh nak cakap apa yang patut dicakap. aku rasa waktu macam ni, aku teringin nak jadik kak Mashitah. boleh cakap apa yang dia nak cakap. jujur, terus terang.
serius.
aku dah cuba tapi tak boleh.




Kalau dihitung dari kecik sampai sekarang, boleh dikira dengan jari berapa kali aku cakap apa yang tersimpan dalam hati. lebihnya memang 'makan dalam' =)
pada aku, biar aku yang sakit, bukan orang. biar aku yang lambung-lambung perasaan orang, dodoi-dodoikan. takpe. asal orang happy. tapi perasaan sendiri? terperosok. terselit sampai tak tahu ada harga lagi ke tak.




*mencarut lagi*



sudahnya.
air mata yang aku tahan, masuk dalam perut sampai padat,
*sebab nak jaga hati orang*
termuntah jugak di balik dinding, atas katil.
bawah selimut. berjurai-jurai,tak henti-henti.
sampai aku tersedar dua jam lepas tu, air mata aku keluar lagi.
bongoks!




sekian.
~dari perempuan yang gagal, bulan januari, 2012.



No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)