Friday, December 9, 2011

Tidak Bersemangat...Nak Balik Senawang, boleh?






Maybe pada orang, benda ni biasa aje. Cerita pasal nak balik rumah.Tapi tak pada aku yang mula lemah semangat + down -_-





Amatlah terseksa bila kau nak belajar tapi diserang sakit misteri. Orang yang kenal aku, pernah duduk serumah dengan aku, dan aku tak kisah ceritakan, mesti tau sakit apa yang duk serang aku.
Seriously, aku malas nak mengadu, nangis-nangis macam dulu. Aku manusia biasa yang ada satu tahap dah naik lali. Sakit, berubat, sakit, berubat. Muak dah.






Aku cuma harap orang tu bertaubat dan sudah-sudahlah dengan 'benda' yang entah pape ni. Susah nak mati nanti.
Aku masih ada belas kasihan lagi. Aku tetap doakan supaya hatinya terbuka untuk bertaubat dan 'pulangkan' semula ilmu salah yang dia ambik tu. Jangan susahkan orang lain lagi.






Kalau ada yang tanya apa sakit yang aku rasa sekarang, aku pun susah nak cakap. Ibarat tepuk dulang terpercik air kat muka sendiri.
Perasaan sekarang cuma nak balik rumah, mengadu nasib betapa aku tak tahan dengan sakit ni. Tidur yang kadang-kadang diganggu, memakan emosi dan tenaga sampai habis. Sakit yang menguji kesabaran sangat-sangat. 




Aku dah penat harung dugaan sakit tahun lepas dan berharap kembali pulih or at least dibiar hidup dengan tenang. Tapi tak berhasil. Aku dah naik bosan dengar dan hadap benda yang sama.
Memang aku kuat tapi aku perempuan yang kadang-kadang lembik jugak. berapa kali kau nak telan air mata aku? berapa kali kau nak aniaya aku dengan kerah tenaga aku even dalam mimpi? Tak letih ke dengan semua ni? tak malu ke bila orang tau rahsia kau tapi kau hipokrit, tak mengaku?





Dah lah. Please. aku tau dosa sendiri, sendiri tanggung.
hidup mesti memaafkan orang.
Tapi kalau begini kau buat aku, aku tak tau sama ada patut atau tak aku maafkan.
sebab dah bertahun-tahun aku berdepan dengan apa yang kau buat.
*sigh*




  


No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)