Wednesday, December 28, 2011

Hiduplah Macam Perempuan Yang Memang Perempuan....







Aku baru lepas makan.duduk sorang-sorang dalam bilik. ezi takde. yang ad, cuma aku, buku dengan nota yang bersepah. Revision week katakan. Tapi, aku bukan nak cerita pasal apa yang aku makan. Atau apa yang aku 'keluarkan'. Kehkeh.



Lepas Subuh, aku call mak. Borak-borak,cerita pasal hidup. Tapi, aku bukan nak cerita pasal mak aku. Ataupun berapa lama aku berzikir lepas Subuh.Haha.




Aku nak cakap pasal hidup.
cara hidup.
cara pemikiran.
cara pembentukan.
Serius.
Aku tak main-main.




Aku orang yang kau boleh bawak pergi mana-mana. tengah,depan,kiri,kanan,belakang,atas,bawah. Maksud aku, asal orang tak kacau life aku,aku ok.Lantak kau lah nak buat apa pun asal tak menyusahkan aku,mengganggu ketenteraman aku.
Tapi jangan kacau aku.
sebab aku akan fight balik. Takde nak buat muka bodoh konon cam tak tau apa-apa *tu biasa aku buat,bajet nerd kehkeh*





Aku tak tau nak cakap macam mana.Yang aku tau, aku geli. Geli bila masuk toilet, nampak tisu, nampak darah. Darah apa? Korang paham-pahamlah kalau masuk toilet blok perempuan. Sekarang ni, patut tak aku fight budak pengotor macam ni? patut tak aku jadik tukang tengok, perempuan mana yang buat taik sampai menyusahkan orang lain,makcik cuci tandas tuh? patut tak?
serius aku rasa nak hempuk budak pengotor,selfish macam ni.
Kalau jumpa, nak duku kepala dia puas-puas.




Bila masuk toilet dan nampak "suasana indah", aku dah tau macam mana rumah budak pengotor ni di masa yang akan datang bersama pasangannya. Aku tak tau macam mana cara dia hidup, dibentuk dari kecik lagi. Takde mata ke? takde rasa tanggungjawab ke? Yang aku pelik, belajar degree kot lah dia buat degree entah-entah master,mana pergi ilmu dia tu? letak kat punggung ke?ke kat celah kuku jari? 




Makin hari makin pelik dengan dunia sekarang. Belajar tinggi-tinggi, tapi akal letak kat tapak kaki. Tak nak guna. Duduk buat pekasam basi. Itu hal toilet. aku tak nak sentuh hal bangsa. tak kisahlah kau cebok ke, tak cebok ke, pakai tangan ke, pakai tisu ke. janji kau jaga kebersihan. tutup cerita. yang penting, bila orang masuk toilet yang lepas kau guna, takde bau darah, jumpa tisu kat mangkuk tandas, takde bau or sisa taik kau,CUKUP. 




Itu kisah toilet. Kisah tempat basuh pinggan mangkuk, lain pulak. Selalu aku jumpa sisa makanan kat dalam lubang. siap tersumbat. ada megi semalam, sayur sawi tak abis, kulit telur rebus. aku tak kisah lah korang nak makan apa sekalipun dan aku pun tak dengki kalau kau makan ayam KFC. tapi janganlah kau buang semua sisa tu kat tempat basuh. buanglah dulu sisa tu kat dalam tong sampah then baru kau cuci pinggan mangkuk. kau tak pernah basuh pinggan ke kat rumah? ke kau tunggu 7,8 hari baru basuh? *tepuk dahi*
Kalau yang buat ni adik-adik aku, memang aku tangkap rambut dia, pastu aku ciumkan muka dia kat dalam tempat basuh tu. biar kena rendam dengan air kotor sebab tersumbat. padan muka. ada akal, letak kat bontot *tak nak pakai punggung sebab tengah marah*




Aku memang pantang lah bila bercakap bab-bab ni.Bukan nak kata toilet rumah aku bersih sampai berkilat cam dalam iklan tu. Tapi tak adalah sampai nampak apa yang aku selalu nampak kat dalam toilet blok ni. Sakit jiwa,tau tak? Kalau nak sangat jadik pengotor, kau beli toilet tu, pakai sorang-sorang.orang tak marah punya. Please lah weh. Bukak mata besar-besar, guna kan otak yang selama ni kau tak berapa nak guna tuh. sampai bila nak jadik pengotor macam tu yang tahapnya menyusahkan orang! Jadiklah PEREMPUAN yang memang PEREMPUAN. Faham? Ke tak paham-paham lagi? =p







p/s: aku memang tengah nak naik angin. kalau duit banyak, memang pasang CCTV tangkap sape yang buat onar ni.heh. time nilah terpikir, nape takde orang tak sengaja masukkan duit dalam akaun aku-_-






catatan hati: hati orang, kita jaga.hati sendiri, sendirilah yang jaga...sob sob.. 
    













No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)