Monday, December 5, 2011

Cara Nak Ajar Anak. Nak rotan ke, nak lambung sampai atas?=)










Pergghhh....
Bila tengok je video ni, terus teringat zaman kecik dulu.
Korang jangan cakap makcik ni garang ke hape. Ni memang betul cara ajar anak. Dia pukul bukan belasah kaw-kaw.
Bukan saja-saja gatal tangan nak pukul anak tapi bersebab.







Aku jumpa video ni pun dari peejburhan.
Dia punya pasal lah ni aku tak boleh buat kerja.
Sibuk duk taip entri pastu sedih-sedih tengok video and gambar mak.
Rindu.
Rindu.
Rindu nak makan sambal ayam mak masak sebenarnya =)






Okey. Kalau korang tengok video ni, memanglah rasa kesian kat budak ni. Tapi memang patut pun kalau mak dia 'bedal' dia sikit. Biar beringat. Lepas ni, kalau mak kata pergi mengaji, terus aje pergi mengaji. Tak singgah mana-mana especially kedai Arwah Tok Kadir beli jeruk mangga *ni zaman aku*





Dulu aku pun selalu gak kena libas ngan mak aku. Hanger la biasanya. Kadang-kadang rotan bulu ayam tu. sampai tak berbulu lagi lah rotan tu dibuatnya. hehe.
tapi yang selalu kena, aku, Syafiq dan Saiful. Yang bawah-bawah tu semua kurang. Sikit-sikit je. time aku lah yang paling dahsyat sebab time tu mak aku muda belia dan kecergasan melampau. dia boleh 'bau' kat mana kau menyorok.
kiranya buang taik hidung masinlah kalau kau ingat menyorok dalam almari and bawah katil tu area paling selamat.
aku sorok dalam toilet pun mak aku tau *bajet mak tak perasan*






Yang paling aku ingat sampai sekarang part kena tenyeh dengan cili api.
Dulu mak aku paling pantang kalau dengar anak mencarut.
Sebab dia cakap dia tak pernah ajar anak mencarut. So, kenapa anak-anak pandai sebut? *kat sekolah kat sekolah kawan ajar*
(^_^)




Ada satu hari tu, aku dengan adik aku gaduh. Masing-masing duk cakap s**l, b**i, b***h. siap berlawan-lawan ejek tu.
Tetiba jer mak aku datang, tenyeh kan mulut dengan cili api.
Mak aiihhhhh....pedih gila.
Yang adik lelaki aku pulak, siap kena tenyeh kat telinga lagi sebab tak dengar cakap.
ambik kau. guling-guling atas katil serkup telinga dengan mulut kat bantal. yang aku pulak siap bawak air, tolong sapu kat telinga adik walhal mulut sendiri pun pijar jer time tu.
baik kan? kan?
baik kau angguk kalau tak aku cili-cilikan muka tue =p






Rasanya sampai sekarang kitorang taubat nasuha dah. Tak nak gaduh-gaduh sampai mencarut bagai. haha.
See? Sekali je mak ajar macam tu, terus set kat dalam kepala.
Kalau budak sekarang, anak mencarut, mak bapak buat bodoh jer.
Rupanya mak bapak pun 2x5  *tepuk dahi*





Aku rasa ilmu garang ajar anak ni pun macam dah 'menurun' kat aku. sebab bila adik-adik aku buat hal, mak aku dah tak larat nak cakap, nak marah, aku yang tangan-tangankan dan rotan-rotankan. haha. cepat jer tangan tu menggetu. mana yang sempat la. Kalau perut, perut.kalau tangan, tangan. nasiblah.





Bila dah kahwin nanti, mau perangai aku sama je. Kalau salah, tetap kena pukul. Sorang buat salah, semua sekali kena. Kalau yang ayah pun sibuk bersuara, dengan ayahnya sekali kita rotankan.
hahahatahahahapihahahaharohahahahatanhahahahamanhahahahajaha
boleh?
*_*






No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)