Saturday, December 31, 2011

Adios 2011 =)







Aku busy sangat sampai tak rasa apa pun pasal new year new year ni. hihi. Yang aku tau, aku dah nak exam dan tak sabar nak habiskan exam dan sangat takut untuk tahu result aku nanti =p





Disebabkan aku duduk sorang-sorang, bosan gila, cuaca panas sampai takde mood nak study,penat main baling bantal sambil nyanyi, so aku up entri baru. haha. okey apa dari aku terbongkang tidur sampai air liur meleleh
*_*






Apa yang jadik sepanjang 2011 ni ek?



Januari : Misi cari kerja sebab kontrak cikgu dah tamat. Sedih sebab penempatan guru seperti yang diharapkan selepas ditemuduga senyap gitu je membuatkan aku give up dengan kementerian pendidikan.Biasalah. Tukar menteri, tukar la plan bagai.Tapi takpe. Korang hilang satu cikgu yang penuh semangat. muahahaha. Awal tahun adalah pembuka kepada hubungan lelaki dan wanita. Eceh. Pintu hati terbuka nak kenal dengan lelaki =p 





Februari: Start kerja dengan SmartReader. Owh. Time ni jugak busy sebab menaip dua lagi novel seperti yang diarahkan. Maka keadaan pada waktu itu adalah ibarat ibu beranak tiga mengandung anak keempat tapi tak berbapak.kehkeh. I'm not sure bila tapi yang aku ingat, aku ada mintak relationship aku dengan sorang kenalan setakat kawan jer. Aku tak boleh nak pergi lebih dari tu. Takde chemistry.bulan ini kah? *ketuk kepala* Masa ni jugak dah kenal baik sama itu papa @ Kak Mas. 




Mac : Apply sambung Master lepas Ezi ajak. Sebelum tu pun, ada gak plan tapi cam malas sebab I nak gi travel China ke, India ke. hehe. Saving pun dah chantekkk da kalau nak pergi. Still busy dengan kerja and menaip. Serius macam orang tak cukup tangan.





April : Bertungkus lumus siapkan sambungan novel. keadaan sangat teruk dan aku selalu tak cukup tidur. dapat offer mengajar di sekolah swasta tapi aku dah malas. leceh nak tukar-tukar kerja and pindah. lagi pun aku rasa macam dapat sambung jer master. Hujung bulan 4, baru kenal Uncle D. Eh, kenal apa nya? dah lama kenal tapi baru borak. haha. 





Mei : Siap menaip. Lega sangat sampai rasa kembali jelita. sebelum tu, aku rasa aku perempuan yang macam mati laki jer rupanya. haha. Hubungan dengan Uncle D menjadi 'lain macam'.eceh. Maka bertitik tolak dari situ, kami telah berjumpa selepas 7 tahun tak bersua muka. Muahaha. Ayat tak boleh blah la pulak *pitam*







Jun: Kerja macam biasa. Menanti panggilan dari publisher. Kot-kot ada salah and nak kena edit ke hape. Sesi luah perasaan dengan Uncle D *shy*






Julai : Owh. Telah berusia 25 tahun dan terasa sudah tua tapi tak berjaya lagi pergi travel seorang diri *sedey sob sob* Novel pun belum publish seperti yang diimpikan sejak kecil lagi *lagi sedey  sambil lap hingus* Hadiah besday? Kak Mas bagi selendang hitam kelabu yang selalu aku pakai pasal tak payah gosok.haha. Uncle D bagi kain biru corak batik. Mak ayah adik beradik? Masak sedap and makan kat rumah T_T
Dapat sambung master and aku pulak gatal nak tukar course.
Problem.






Ogos: Decide untuk quit sebab nak sambung belajar. Serius sedih. But at the same time, excited nak jadik muda 3-4 tahun. macam baru-baru nak masuk U. hihihi. 





September: Saving menyusut sebab bayar yuran bagai. Terasa macam nak terbang jugak gi holiday. tembok besar China, Taj Mahal, semua hilang dah. Yang nampak, diri sendiri tengah 'bercangkul'. Err...maksudnya, cari duit balik -_-
First time family Uncle D datang rumah. First time jumpa dia jugak lepas bulan 5 tu. gila punya cinta. baru sekali dua jumpa, terus ajak kahwin sila nyanyi bait ini benarkah cinta itu buta  butakah mataku




Oktober: Menghadapi kemurungan akibat permasalahan yang entah apa-apa di UTM. sampai mengalir air mata aku yang begitu berharga ni. lagi? Start buat kerja part time sebab nak kambus balik lubang duit. kahkah.



November: Bulan busy dengan presentation bagai. nasib ada cuti boleh balik rumah =)


Disember: Publisher send emel tapi tak berjenguk. Editor hantar mesej mintak aku edit secepat yang mungkin. Dan, owh recently dapat cek pendahuluan dari depa. Rezeki bayar roadtax kereta next year. hahaha. Jimat lah duit ayah aku yang rela bayarkan kereta selama setahun ini *menangis terharu*
Busy sebab kena study. ada exam next week.
dah tau tu kenapa kau taip blog samdol? pergilah belajar!!!!
*piat telinga sendiri*   









Thanks 2011. welcome 2012. Semoga yang baik-baik meniti perjalanan hidup bermula esok. Selamat berjuang pada diri sendiri.





p/s: mari melangkah ke hadapan dengan bersolat Asar dan makan. Lepas Maghrib, baru sambung study.kihkih.

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)