Monday, November 7, 2011

Sanggul Beracun Memang Layak Menang ASK 2011 =)








Sejak sambung master ni, aku memang dah jarang tengok TV. Ok. maybe tak boleh guna perkataan jarang tapi jarang - jarang. Rasanya nak dekat 2 bulan aku tak tengok TV.
So, takde lagi dah cerita Hindi, Tamil, Korea hatta Sepanyol lagi dah.
Tak de dah nak nangis - nangis kalau part sedih tu.hehe.






Bila dah lama tak tengok TV, anugerah apa pun aku tak tau.
Sampailah keluar terpampang kat dalam suratkhabar, baru aku tau anugerah apa yang tengah main kat TV.
Tu pun sebab adik aku cakap pasal baju Fasha Sandha yang "seksa" semacam *_*





Ok. Rupanya ada Anugerah Skrin 2011. Pengacara Ally Iskandar dan Rozita Che Wan
*tangan kat bahu, mata kat atas*
Eh. I tak nak cakap pape pasal Rozita ok.
I nak cakap pasal drama Sanggul Beracun, arahan Sabri Yunus
yang menang besar malam tu.





Aku jadik cam nak sangat tau.
Best ke drama ni?
Bagus sangat ke sampai menang?








 
So, pagi tadi, sambil mengelap peluh akibat menaip report Dr Sib yang tak siap-siap lagi,
tangan aku gatal carik drama nie.





 


Jumpa weh. Jumpa.
Mula-mula, part 1.
Dah terasa syok dah.
*_*





 



Sanggul Beracun ni mengisahkan pasal Siti Aminah lakonan Erra Fazira yang asalnya hodoh, selalu kena hina dan kutuk. Then, adalah satu insiden yang buatkan dia berjanji dengan syaitan. Syaratnya, kalau nak terus cantik, dia kena bunuh 100 ++ (aku tak ingat berapa)suami. Mesti bunuh dalam tempoh tak lebih 3 bulan.





 


Aku pernah dengar kisah ni. Kalau tak silap, kat Kelantan ke mana entah. Tapi, dia ada macam-macam versi. Ada yang cakap perempuan yang kahwin 99 lelaki tu perempuan jalanglah, itulah, inilah. Tapi, yang versi menyentuh hati ialah perempuan nama Siti ni kahwin masa umur muda. First husband dia "kunci" nafsu dia. Maksudnya, husband dia sorang jer yang boleh sentuh Siti. orang lain, tak boleh. Nak dijadikan cerita, husband dia meninggal.
Siti pun kahwin lain. Tapi, husband marah sebab tak boleh nak sentuh. So bercerailah dia. kahwin lagi, cerai.kahwin lagi, cerai. sampailah 99 suami. Yang ke - 100 jer boleh bukak "kunci" tu.
Macam tu lah lebih kurang ceritanya. Tapi, versi baik.






 

So, yang versi Sanggul Beracun ni, first time aku tau.
hehe.
Tapi, memang best lah drama ni.
Ambik dua ibu jari tangan aku ni.
Tak cukup, ambik sekali dua ibu jari kaki.
hikhik





 


Congratz Sabri Yunus =)





 


Menangis jugak aku tengok drama ni. Nak-nak part Siti (Erra) terpaksa bunuh first husband dia lepas janji dengan syaitan.
Mula - mula tu, aku terfikir gak. Takkanlah Siti tu tak pernah langsung cinta or sayang kat husband yang 99 tuh.
rupanya dia paling sayang first husband dia.
Sedih tau part nie.
Aku melalak tak beringat.
Sampai I taip report sambil air mata mengalir laju.
eceh.





So, kalau korang nak tengok drama ni.
Klik link ni






p/s : lega bila balik rumah. dapat lepas gian tengok TV.muehehehe.










No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)